- British campur
tangan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menggugat sistem politik,
ekonomi dan sosial penduduk tempatan
- perubahan dalam
sistem pentadbiran menyebabkan sultan kehilangan kedaulatan dan pembesar hilang
kuasa
- British
memperkenalkan pelbagai cukai yang membebankan dan menindas rakyat
- keadaan ini
mencetuskan kebangkitan rakyat untuk menentang British
- ramai pejuang
tanah air muncul seperti Sultan Ahmad Tajuddin, Dol Said, Rentap, Sharif
Masahor, Dato’ Maharaja Lela, Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Mat Salleh,
Antanom, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong
- mereka memimpin
rakyat berjuang dengan gigih demi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan
tanah air
7.1 Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan
Kedah
(Teks m/s: 164-165)
(i) Latar belakang
-
tahun 1821 seramai 7000 orang tentera Siam mengepung Kuala Kedah
-
askar Siam memusnahkan rumah, merampas barang, menenggelamkan perahu dan
menangkap tawanan untuk dibawa balik ke Siam sebagai hamba
(ii)Faktor Penentangan
-
penjajahan Siam yang kejam menyebabkan rakyat Kedah bangkit dan bersatu dengan
Sultan untuk mengembalikan kedaulatan Kedah
-
tentangan hebat rakyat Kedah ini dipimpin oleh Sultan Ahmad Tajuddin
-
dibantu pula oleh Tunku Abdullah, Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin), Tunku Long
dan Tunku Muhammad Saad
-
perjuangan ini disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin
agama seperti Syeikh Abdul Kadir
-
perjuangan orang Melayu Kedah menentang Siam telah dikhianati oleh British
-
British telah bersubahat dengan Siam untuk melumpuhkan perjuangan rakyat Kedah
-
contoh: British telah menghantar kapal perang untuk membantu Siam mengepung
Kedah
(iii)Peristiwa Penentangan
-
1823 Tunku Abdullah memimpin 3000 orang tentera untuk membebaskan Kedah
daripada Siam melalui Seberang Perai tetapi gagal kerana British membantu Siam
-
1831 Tunku Kudin berjaya menawan semula Kuala Kedah dari Melaka
-
British menghantar 5 buah kapal perang untuk mengepung perairan Kedah
-
tindakan British itu menyebabkan Kedah terputus bekalan makanan dan bantuan
tentera dari luar
-
Tunku Kudin telah terkorban
-
tahun 1836 Sultan Ahmad Tajuddin menrancang menyerang Siam melalui Bruas
di Perak
-
British berjaya mengesan gerakan ini dan Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap
-
1838 kebangkitan menentang Siam di Kedah telah dipimpin oleh Tunku
Muhammad Saad
-
tentera Kedah berjaya menawan semula selatan Kedah, Kota Kuala Kedah dan mara
ke Songkla
-
Siam berjaya menguasai semula Kedah dengan bantuan British
(iv)Kesan Penentangan
- semangat juang
rakyat Kedah menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah
- sultan Kedah
menghantar puteranya, Tunku Daei ke Bangkok untuk berunding
- tahun 1842 Siam
mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin
- wilayah Perlis,
Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah
7.2 Dol Said Pahlawan Naning
(Teks m/s: 166-168)
(i) Latar belakang
- daerah Naning
terletak antara Rembau dengan Melaka
- Penghulu naning
ialah Dato’ Naning Abdul Said yang dikenalisebagai Dol Said
- pusat pentadbiran
terletak di Taboh
- Naning mempunyai
hasil keluaran seperti padi, buah-buahan, sirih dan bijih timah
- 1831 Dol Said
telah bangkit menentang British
(ii)Faktor Penentangan
a) Mempertahankan Kemerdekaan
Naning
- 1824 British dan
Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda
- dalam perjanjian
itu Melaka diserahkan kepada British
- British mendakwa
Naning sebahagian daripada Melaka
- British
mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan Melaka
- dakwaan British
tidak dapat diterima oleh Penghulu Dol Said dan rakyat Naning
b) Menentang Pelaksanaan
Undang-Undang British
- British
memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said
- peraturan ini
melarang penghulu membicarakan kes-kes jenayah
- tahun 1828 Dol
Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di naning
- Dol Said diugut
akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British
c) Menentang Bayaran Cukai
- melalui
Undang-Undang 1830 British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil
keluaran pertanian
- arahan dibuat
selepas British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan
(iii)Peristiwa Penentangan
- 15 Julai 1831
British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka
- British menghantar
seramai 150 orang Sepoi yang diketuai Kapten Wyllie untuk menyerangnya
- British berjaya
ditewaskan
- Dol Said berjaya
kerana menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan daripada Seri
Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar
- turut membantu
ialah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau yang menghantar pasukan bantuan
diketuai menantunya Syed Sha’aban
- British sedar
Naning sukar dikalahkan
- British meminta
bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600
orang hulubalang untuk menyerang Naning
- Mac 1832 Kolonel
Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning
- British berkubu
di Alor Gajah untuk melancarkan serangan kedua ke atas Naning
- pakatan British
dan Rembau berjaya mengalahkan Naning
- pusat pentadbiran
Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar
- Dol Said berundur
ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British
(iv)Kesan Penentangan
- British berjaya
menyatukan Naning dengan Melaka
- Dol Said diberi
pencen dan rumah di Melaka
- British kerugian
sebanyak 100 000 paun sterling
- walaupun orang
Naning dgagal dalam perang tetapi berjaya menghidupkan semangat juang di
kalangan bangsa Melayu
7.3 Rentap Wira Sarawak: Agi Idup Agi
Ngelaban
(i) Latar belakang
- Rentap ialah
pahlawan Iban yang menentang British di sarawak
- dilahirkan tahun
1800
- nama asal Rentap
ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’
- Rentap juga
digelar ‘Raja Darat’
- merupakan
pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas
(ii)Faktor Penentangan
- Rentap menentang
pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai
Skrang sebagai lanun
- James Brooke
mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban
- tindakan James
Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang mencetuskan
kebangkitan Rentap
(iii)Peristiwa Penentangan
- 1853 Rentap
menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
- pasukan Rentap
berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh
- kejayaan ini
mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban
- 1854 James Brooke
menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap
- pengikut Rentap
berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu
- perjuangan Rentap
mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja Ulu’
- tahun 1857 James
Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit
Sadok
- Charles Brooke
berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu
Rentap di Bukit Sadok
- Charles Brooke
gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh
- tahun berikutnya
Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal
- kata-kata
semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua meriam kamu dari
Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah’
- tahun 1863 James
Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok
- pertempuran
berlaku selama sebulan dan Rentap tewas
- James Brooke
membakar kubu dan rumah pengikut Rentap
- James Brooke
menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menentang Rentap
- Rentap pula
menggunakan sejenis meriam besi ‘Bujang Timbang’ untuk menentang pasukan Brooke
- Rentap berundur
ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia
(iii)Kesan Penentangan
- kebangkitan
Rentap dan pengikutnya untuk membuktikan bahawa mereka bukannya lanun tetapi
pejuang bangsa
- semangat juang
Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap
7.4 Sharif Masahor Wira Sarawak
(Teks m/s: 172-173
(i) Latar belakang
- pembesar Sarikei
di kawasan Sungai Rajang
- berasal dari
Kampung Igan di muara Sungai Rajang
- dilantik oleh
Sultan Abdul Mu’mein dari Brunei
- berpengaruh di
kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang
(ii)Faktor Penentangan
- James Brooke
mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Sultan Brunei
- kewibawaan Sharif
Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke
- pembinaan kubu di
Kanowit dan pelantikan Henry Steele sebagai wakil British dianggap telah
mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor
- Sharif Masahor
menentang tindakan James Brooke meluaskan kuasa ke wilayahnya
(iii)Peristiwa Penentangan
- tahun 1855 Sharif
Masahor mengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin
yang menyokong perluasan kuasa James Brooke
- James Brooke
bertindak balas dengan melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei
- Sharif Masahor
marah dengan tindakan James Brooke
- Sharif Masahor
berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk mengusir keluar
James Brooke dari Sarawak
- tahun 1859
pasukan Sharif Masahor menyerang Kanowit
- peristiwa ini
membimbangkan orang Eropah di Sarawak
- tahun 1860 Sharif
Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong membuat
pakatan sulit untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan Brooke
- Charles Brooke
dengan bantuan Belanda menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan dipenjarakan di
Betawi
- pertempuran
antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai Sadong
- kapal dan perahu
pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan seramai 64 orang pengikutnya terbunuh
- Sharif Masahor
berundur ke Mukah
- tahun 1861 James
Brooke memaksa Sultan Brunei menyerahkan Mukah dan menahan Sharif Masahor
- Sharif Masahor
dibuang negeri ke Singapura
(iv)Kesan Penentangan
- walaupun
perjuangan Sharif Masahor berjaya dipatahkan tetapi gerakan menentang Brooke
tidak pernah berakhir
- pentadbiran
Brooke kemudiannya menghadapi kebangkitan daripada pemimpin Banting pada tahun
1894 iaitu pemimpin orang Iban di hulu Sungai Batang Lupar
- tahun 1931 pula
bangkit penentangan daripada Penghulu Asun iaitu pemimpin orang Iban di Sungai
Kanowit
7.5 Dato’ Maharaja Lela Pejuang
Kebanggaan Perak
(Teks m/s: 174-176)
(i) Latar belakang
- Dato’ Maharaja
Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak
- pada November
1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian
Pangkor
- pelantikan itu
menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan
kebangkitan di Pasir Salak
(ii)Faktor Penentangan
a) Mengambil Hak Mengutip Cukai
- 24 Julai 1875
Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan
British mengambil hak mengutip cukai
- Sultan Abdullah
diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani
- Birch membakar
rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di
Bidor
b) Mencabar Ketuanan Melayu
- kemarahan sultan
dan pembesar Perak memuncak
- pada 2 Oktober
1875 Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa
kepada British
- kuasa mentadbir
negeri diserah kepada Residen
- Residen berkuasa
melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu
c) Memperkenalkan Cukai Baru
- Birch bertindak
sesuka hati
- Birch
memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran
permit untuk membalak
- Setiap isi rumah
dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin
d) Mencabuli Adat Resam
- Birch dibenci
oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan
perhambaan yang menjadi adat resam Melayu
- Birch sengaja
menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya
(iii)Peristiwa Penentangan
- Raja Abdullah,
Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang
- mereka mengambil
keputusan untuk membunuh Birch
- Dato’ Maharaja
Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri
untuk membunuhnya
- mereka berazam
menghalau British keluar dari bumi Perak
- pada 2 November
1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat
pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British
- Dato’ Maharaja
Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch
- Pembunuhan Birch
menyebabkan British menyerang Pasir Salak
- Dato’ Maharaja
Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak
- pasukan British
dikalahkan dan Kapten Innes terkorban
- pertempuran ini
dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun
- pada 7 November
1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua
- pejuang Perak
akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong
Kong
(iv)Kesan Penentangan
- tahun 1877 Dato’
Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai
mati di Matang, Perak
- Sultan Abdullah
dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi
- Raja Ismail
dibuang negeri ke Johor
- British tegas
menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa
penjajah
- Dato’ Maharaja
Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu
7.6 Yamtuan Antah Mempertahankan
Kedaulatan Seri Menanti
(Teks m/s: 177-178)
(i) Latar belakang
- nama sebenarnya
Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin
- dilantik sebagai
Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875
- wilayah jajahan
Seri Menanti terdiri daripada Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol
(ii)Faktor Penentangan
- Yamtuan Antah
tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong
menandatangani perjanjian dengan British
- tindakan Dato’
Kelana mengeruhkan hubungan antara mereka berdua
- Yamtuan Antah
juga tidak mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong
- hubungan antara
Yamtuan Antah dengan Dato’ Kelana bertambah runcing apabila Dato’ Kelana
mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya
- dibantah Yamtuan
Antah kerana menganggap Terachi sebahagian jajahan Seri Menanti
- Residen British
di Sungai Ujong iaitu P.J.Murray menghantar tentera dan juru ukur untuk
membuat siasatan
- Yamtuan Antah
menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British menghentikan tugas
mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah
- berlaku
pertikaian antara kedua-duanya yang mencetuskan pertempuran
- kebangkitan
Yamtuan Antah disokong oleh Dato’ Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin, penduduk
Rembau, Jelebu dan Johol
- Disember 1875
pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi dan membina kubu di situ
- British berjaya
menawan semula Paroi apabila dibantu oleh tentera Negeri-Negeri Selat
- Yamtuan Antah
berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor
(iii)Kesan Penentangan
- Maharaja Abu
Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British
- Mei 1876 Yamtuan
Antah berunding dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu William Jervois
- Yamtuan Antah
diiktiraf sebagai Yamtuan Besar di Seri Menanti
- tindakan berdamai
ini tidak dipersetujui oleh Dato’ Siamang Gagap
- rundingan
tersebut membuka peluang British meluaskan pengaruh ke seluruh Negeri Sembilan
7.7 Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang (Teks m/s: 179-181)
(i) Latar belakang
- nama sebenarnya
Abdul Rahman bin Imam Noh
- dianugerahi
gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan
- diberikan
anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang
dan Perang Klang di Selangor
- dilantik sebagai
pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara
- Dato’ Bahaman
tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang
(ii)Faktor Penentangan
a) Hilang Hak Mengutip Cukai
- Dato’ Bahaman
menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai Pegawai Majistret dan
Pemungut Hasil di daerah Temerloh
- Dato’ Bahaman
dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh
b) Pembinaan Balai Polis
- pegawai British
iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih
dahulu dengan Dato’ Bahaman
- konflik antara
kedua-duanya menjadi lebihserius
- Dato’ bahaman
menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta mengancam
kedudukannya
c) Perlucutan Gelaran
- Hugh Clifford
menganggap Dato’ Bahaman sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi arahan
British
- British memaksa
Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan
- tindakan British
memalukan Dato’ Bahaman dan beliau bersumpah menghalau keluar British dari
Pahang
(iii) Peristiwa Penentangan
- 16 Disember 1891
British menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan
tanpa kebenaran
- tindakan British
itu menyebabkan Dato’ Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua
- peristiwa ini
mencetuskan perang
- 26 Disember 1891
Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula Lubuk
Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi
- Hugh Clifford
berundur dan meminta bantuan Singapura
- Januari 1892
British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang
- pasukan tentera
dinamakan “Gerakan Sultan” yang disertai oleh J.P.Rodger ditubuhkan
- British
membekalkan 200 pucuk senapang dan 10 000 butir peluru
- Sultan Wan Ahmad
dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 buah kubu Dato’ Bahaman
di Bentong
- Mac 1892 British
sekali lagi menyerang Lubuk Terua
- pejuang Pahang
berundur ke Kelantan dan Terengganu
- di terengganu
ulama’ Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang
British
- 14 Jun 1894 Dato’
Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
- British bertindak
balas menghantar Kolonel Walker untuk menawansemula Jeram Ampai
- Dato’ Bahaman,
Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan
- pengunduran ini
menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang
(iv)Kesan Penentangan
- Dato’ Bahaman dan
pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British
- kedudukan British
di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang
- kebangkitan ini
berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891 – 1894
- British terpaksa
menanggung hutang yang banyak
- Sultan Wan Ahmad
dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang
tersebut
7.8 Mat Salleh Menyanggah SBUB (Teks m/s: 182-183)
(i) Latar belakang
- nama sebenar Datu
Mohammad Salleh bin Datu Batu
- dilahirkan di
Inanam dan menjadi pemerintah Sungau Sugut
- berketurunan
Bajau dan Suluk
- mewarisi sifat
kepahlawanan dan keberanian berperang
- kebangkitan Mat
Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam sejarah penentangan di Sabah
(ii)Faktor Penentangan
a) Perjuangan Jihad
- kebangkitan
berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan
Filipina
b) Peraturan Yang Membebankan
- SBUB
memperkenalkan peraturan baru di Sabah seperti amalan buruh paksa, cukai beras
dan lesen perahu yang membebankan rakyat
c) Percubaan Berunding Gagal
- Ogos 1895 Mat
Salleh dan pembesar tempatan ke Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort,
C.V.Creagh
- tujuan untuk
berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap
penduduk tempatan
- Mat Salleh dan
pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah menunggu selama 10 hari beliau
meninggalkan Sandakan
d) Perkampungan Di Bakar
- Gabenor Beaufort
menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB
- SBUB bertindak
membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh
- SBUB menawarkan
hadiah 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh
(iii)Peristiwa Penentangan
- Julai 1897 Mat
Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya
- November 1897 Mat
Salleh menyerang Ambong
- William Cowie,
Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh lalu menawarkan
perdamaian dan pengampunan kepadanya
- April 1898
rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal
- Antara syarat
perjanjian adalah;
- Mat Salleh dan pengikut diberi
pengampunan
- penduduk Inanam yang melarikan diri
semasa kekacauan dibenarkan kembali semula
- Mat Salleh dibenarkan mentadbir
daerah Tambunan
- Mat Salleh diminta melaporkan
pergerakannya kepada SBUB
- SBUB tidak
menepati janji sebaliknya tahun 1899 SBUB mengambil alih pentadbiran di
Tambunan
- Mat Salleh berasa
tertipu dan meneruskan penentangan dengan membina kubu di Kampung Teboh,
Tambunan
- SBUB menyerang
kubu Mat Salleh secara besar-besaran
- Januari 1900 SBUB
berjaya menewaskan Mat Salleh
- Mat Salleh
terkorban
(iv)Kesan Penentangan
- perjuangan
diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti Mat Sator dan Kamunta
- Julai 1902
British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh di Sabah sepenuhnya
7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba
Berjiwa Besar
(Teks m/s: 184)
(i) Latar belakang
- nama sebenar
Ontoros anak lelai Antanom
- ketua kaum Murut
di Rundum
- dilahirkan tahun
1875
- ketika berusia 30
tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya
(ii)Faktor Penentangan
a) Melarang Membuka Tanah Baru
- SBUB melarang
mereka membuka tanah baru
- merasakan hak
mereka diceroboh
- akibatnya mereka
kekurangan beras
b) Mengenakan Cukai Yang
Membebankan
- SBUB mengenakan
pelbagai cukai yang membebankan seperti;
- cukai kepala satu dolar setiap
orang
- cukai tanaman pindah sebanyak 50
sen setiap ekar
- cukai sebatang pokok kelapa untuk
minuman tuak sebanyak 25 sen
- cukai tangkapan ikan besar
- cukai memelihara anjing sebanyak
satu dolar seekor
c) Menjadi Buruh Paksa
- orang Murut
dijadikan buruh paksa
- tujuan untuk
membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan
Rundum
d) Menzalimi Keluarga
- suami isteri kaum
Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai
- mereka dikenakan
satu dolar setiap kali berkunjung
- jika mereka
mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB untuk dijadikan buruh
paksa
e) Menceroboh Kawasan Hutan
- SBUB menceroboh
hutan untuk membina jalan
- Kaum Murut
membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan akan mengganggu roh
nenek morang mereka
(iii)Peristiwa Penentangan
- Antanom
menyatukan orang Murut menentang SBUB dmi menebus maruah mereka
- Februari 1915
Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan
- Mac 1915 Antanom
memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan
pejabat pentadbiran SBUB
- kejayaan itu
menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom bertambah
menjadi 900 orang
- Antanom membina
kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah tanah
- April 1915 SBUB
menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
- pertempuran
berlaku selama 6 minggu
- Antanom dan 400
orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum
- penentangan ini
dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’
(iv)Kesan Penentangan
- SBUB mengenakan
tindakan tegas terhadap pengikut Antanom
- 8 orang kanan
Antanom dibuang daerah ke Kudat
- pengikut-pengikut
yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke
Keningau
- SBUB mengarahkan
orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya
- orang Murut
berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB
7.10 Tok Janggut Pejuang Jihad
(Teks m/s: 187-189)
(i) Latar belakang
- nama sebenar Haji
Mat Hassan bin Munas
- dikenali sebagai
Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
- dilahirkan tahun
1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
- mendapat
pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
- mahir dalam ilmu
persilatan
- menetap di
Kampung Nering, Kelantan
- bekerja sebagai
petani dan peniaga
(ii)Faktor Penentangan
a) Peraturan Tanah
- Tok Janggut
menentang peraturan cukai tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai
tanah
b) Pengenalan Cukai Yang
Membebankan
- petani
dikehendaki membayar cukai seperti;
- cukai pokok kelapa berbuah sebanyak
3 sen sepokok
- pokok pinang satu sen sepokok
- sirih 5 sen sejunjung
- kerbau dan lembu sebanyak 20 sen
seekor
- peraturan ini
membenakan rakyat
c) Perasaan anti-British
- sentimen
anti-British meningkat apabila Britain menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah
semasa Perang Dunia I tahun 1914
- kerajaan Turki
Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang penjajah
Barat
- Tok Janggut
menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh
d) Pembayaran Cukai Yang
Menyusahkan
- penduduk tempatan
menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di
bandar
- Tok Janggut telah
beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal
- mereka yang gagal
membayar cukai akan ditangkap dan didenda
- penduduk tempatan
marah kepada British kerana sikap biadab pegawai British
(iii)Peristiwa Penentangan
28
April 1915
- Pegawai Daerah
Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal
membayar cukai
- perbalahan
berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut
29
April 1915
- Tok Janggut, Engku
Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan
serangan ke atas Pasir Puteh
- mereka menduduki
Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada
ancaman British
- Ungku Besar Jeram
iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh
- Tok Janggut
sebagai Perdana Menteri
9 Mei
1915
- British
menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok
Janggut dan pemimpin kanannya
23
Mei 1915
- British membakar
rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri
- Tok Janggut
bertindak balas menyerang Pasir Puteh
24
Mei 1915
- British menyerang
Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring
- Tok Janggut
terkorban
- mayat Tok Janggut
diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung songsang di Padang
Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam
- kemudian
dikebumikan di Pasir Pekan
(ii)Kesan Penentangan
- Tok Janggut dan
rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat
- semangat juang
mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan British
7.11 Haji Abdul Rahman Limbong
Pejuang Tani
(Teks m/s: 290-192)
(i) Latar belakang
- nama sebenar Haji
Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid
- dikenali sebagai
Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke Limbong, Kemaman untuk
mengajar agama
- beliau berjuang
untuk membela nasib petani yang ditindas
- perjuangannya
dikenalsebagai ‘Kebangkitan Tani’ di Terengganu
(ii)Faktor Penentangan
a) Pas Kebenaran Yang
Membebankan
- 1921
diperkenalkan Peraturan Tanah Baru
- petani yang ingin
membuka tanah dan bercucuk tanam perlu mendapatkan kebenaran dengan bayaran 50
sen
- peraturan yang
sama jika menebang pokok dan mengutip hasil hutan seperti daun nipah, buah
salak, sagu, rotan dan daun palas
- membebankan hidup
petani yang sedia ada miskin
b) Penguatkuasaan Undang-Undang
Binatang Buas
- 1923
diperkenalkan Undang-Undang Kawalan Binatang Buas yang melarang penduduk
memburu binatang liar
- sesiapa yang
ingkar dikenakan denda sebanyak 500 dolar dan senapang mereka akan dirampas
c) Peraturan Tanah Baru
- 1924 peraturan
tanah mewajibkan penduduk mendaftar tanah mereka dengan bayaran sebanyak 2.50
sen seorang
d) Pengaruh Pemimpin Agama
- pemimpin agama
berperanan penting dalam kebangkitan anti-British di Terengganu
- Haji Abdul Rahman
Limbong menegaskan ‘tanah adalah hak Allah dan rakyat bebas mengerjakannya
tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan’
- Haji Musa Abdul
Ghani menyifatkan peraturan British bertentangan dengan syariah Islam
(iii)Peristiwa Penetangan
Kebangkitan 1922
- petani di Kuala
Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan tanah tanpa mengambil pas
kebenaran
- British menangkap
43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah
- Haji Abdul Rahman
Limbong bertindak sebagai peguam
- British gagal
mematahkan hujahnya bahawa tanah adalah hak Allah dan bukan hak negeri
- mahkamah menerima
hujah tersebut dan membebaskan mereka
Kebangkitan
1925
- seramai 300 – 500
orang petani berkumpul di Kuala Telemong untuk bercucuk tanam
- mereka
membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah
kerajaan
- tindakan
dilakukan kerana British akan memberi konsesi tanah tersebut kepada saudagar
Cina
- British mendesak
Sultan Sulaiman supaya bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong
- Haji Abdul Rahman
Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British di daerah Kuala
Berang menindas rakyat
Kebangkitan
1928
- British mengancam
untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas petani-petani yang enggan
membayar cukai
- ini menyebabkan
seramai 1000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang
- mereka
mengisytiharkan perang terhadap British
- mereka menduduki
balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang serta mengibarkan bendera
merah
- British meminta
bantuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
- pertempuran
berlaku di Padang Kacong
(iv)Kesan Penentangan
- seramai 12 orang
petani terkorban dan semua pemimpin petani termasuk Haji Abdul Rahman Limbong
ditangkap
- tahun 1928 mereka
dibicarakan di Kuala Terengganu
- Haji Abdul Rahman
Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut dan
mencetuskan kebangkitan di Terengganu
No comments:
Post a Comment