Ahli sejarah,
Professor
Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkata masih ramai di kalangan masyarakat
yang tidak memahami peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini kerana sejarah
tidak ditentukan oleh sejarahwan berwibawa.
Sukatan
pelajaran sejarah itu tidak ditentukan oleh ahli bidang berkenaan tetapi
sebaliknya oleh badan eksekutif.
Katanya
cabang kerajaan itu itu sangat berpengaruh dalam sistem pada waktu ini
sehinggalah berhubung gaji yang patut diperolehi sejarahwan sepertinya.
"Kami
hanya boleh sampaikan pendirian kita kepada orang ramai tapi bila kita minta
sesuatu dilaksanakan, tak semestinya diterima. "Mereka saja yang ada
kuasa, kami tiada kuasa (tentukan perkara sejarah)," tegasnya.
Beliau yang
menganggotai lembaga penilaian sukatan matapelajaran sejarah di sekolah
berkata, panel berkenaan telah bermesyuarat beberapa kali sebelum ini. "Tapi
akhirnya sukatan pelajaran itu disediakan bukan oleh ahli sejarah yang
berwibawa. "Dalam sistem kita zaman sekarang, orang yang paling kuat
berpengaruh ialah mereka yang ada di dalam badan eksekutif," katanya lagi.
Teks baru
pada 2014
Khoo berkata,
teks baru sejarah yang akan digunakan bermula 2014, antara lain akan memberi
penekanan kepada hari penubuhan Malaysia – 16 September 1963. "Mula-mula
kita gunakan Ogos 1957, orang Sabah dan Sarawak protes kerana pada masa itu dan
juga tahun 1946 kedua-dua tempat itu adalah tanah jajahan British.
"Orang
Sarawak, Sabah sudah menyatakan perasaan mereka yang tak setuju dengan 31 Ogos
dipanggil Hari Malaysia," katanya lagi.
Sumber:Malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment