- semangat kebangsaan
dibangkitkan golongan intelektual melalui akhbar, majalah dan penulisan kreatif
- perjuangan semakin berkesan
melalui penubuhan pertubuhan untuk perjuangkan hak dan kepentingan bangsa
8.1 Maksud Semangat Kebangsaan (Teks m/s: 199)
- semangat
kebangsaan atau nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia
yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air
- semangat berjuang
menebus maruah bangsa
- semangat inilah
mendorong kita berjuang membebaskan negara daripada British untuk membentuk
negara merdeka dan berdaulat
8.2 Perkembangan Negara Luar Memberi
Inspirasi Perjuangan
(Teks m/s: 199-202)
- awal kurun ke-20 berlaku
gerakan kesedaran kebangsaan di Turki, Mesir, Jepun, China, Filipina, India dan
Indonesia
- perkembangan ini memberi
inspirasi kepada penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan British
a) Gerakan Kebangkitan Islam di
Timur Tengah
- berlaku akhir kurun ke-19
- kebangkitan dosebabkan
kuasa-kuasa Barat memecahbelahkan dan menguasai empayar Islam Turki Uthmaniyah
- pengaruh Barat di Turki
mencetuskan Gerakan Pan-Islam iaitu gerakan untuk menyatukan seluruh umat Islam
dan menentang penjajahan Barat
- gerakan ini mempengaruhi dan
menyatukan umat Islam di negara-negara Timur Tengah, India dan Asia Tenggara
termasuk Tanah Melayu untuk menentang kuasa asing
b) Gerakan Pemulihan Islam Mesir
- gerakan ini turut mempengaruhi
kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu
- tahun 1882 Mesir dijajah oleh
British dan telah mencetuskan Gerakan Islah
- Gerakan Islah atau Gerakan
Pemulihan Islam ialah gerakan menyeru orang Islam berpegang kepada ajaran
Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan Hadis juga menyeru umat Islam supaya
bersatu menentang penjajahan Barat di negara Islam
- gerakan ini dipelopori Sayid
Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
- pengaruh gerakan ini disebarkan
ke Tanah Melayu oleh pelajar yang menuntut di Mesir setelah kembali ke tanah
air
c) Perang Rusia-Jepun
- tahun 1905 Jepun berjaya
mengalahkan Rusia
- pertama kali dalam sejarah
moden sebuah negara Asia berjaya mengalahkan kuasa Eropah
- kejayaan ini menyemarakkan
semangat negara-negara Asia lain untuk menentang penjajahan Barat
d) Gerakan Kesedaran Kebangsaan
China
- tahun 1911 berlaku Revolusi
China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen
- berjaya menumbangkan kerajaan
Manchu dan menubuhkan sebuah negara republik China
- keadaan ini membangkitkan
kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British
e) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina
- Jose Rizal memimpin perjuangan
rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol
- Menubuhkan Liga Filipina untuk
memajukan orang Filipina dan menuntut Sepanyol memberi layanan adil kepada
rakyat
f) Gerakan Kesedaran Kebangsaan India
- gerakan dipimpin oleh Mahatma
Gandhi
- tujuan untuk membebaskan India
daripada penjajahan British
g) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Indonesia
- Soekarno menubuhkan Parti
Nasional Indonesia untuk membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda
8.3 Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan
(Teks m/s: 203-204)
(i) Latar belakang Gerakan Islah di Tanah
Melayu
- awal kurun ke-20 semangat
kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar berpendidikan di Universiti
al-Azhar, Mesir
- tahun 1925 terdapat 80 orang
pelajar dari Tanah Melayu di universiti ini
- mereka terpengaruh dengan idea
pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
- sekembali ke Tanah Melayu
mereka memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu dan dikenali sebagai ‘Kaum Muda’
- tokoh penting seperti Sheikh
Muhammad Thani bin Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Sheikh
Ahmad al-Hadi
(ii) Penyebaran Idea Gerakan Islah
- idea pembaharuan ‘Kaum Muda’
disebarkan melalui majalah ‘Al-Imam’ (pemimpin) yang diterbitkan di Singapura
tahun 1906
- tujuan diterbitkan adalah
untuk;
“… mengingatkan mereka yang lalai dan menjagakan
mereka yang tidur dan menunjukkan mereka yang sesat dan menyampaikan suara yang
menyeru dengan kebaikan …”
- majalah ini memberi kesan besar
dalam perkembangan pemikiran orang Melayu
- orang Melayu mula sedar
kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka
- antara seruan Al-Imam ialah;
- menyeru orang Melayu berpegang kepada al-Quran
dan Hadis
- tekankan pentingnya ilmu pengetahuan untuk
mencapai kejayaan
- menitikberatkan pengetahuan sejarah kerana banyak
iktibar yang boleh dipelajari
- menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan
sempurna kepada anak-anak
- menggesa kaum wanita diberi peluang mendapatkan
pendidikan
- mengetepikan adat resam dan kepercayaan karut
yang boleh menghalang kemajuan
- tahun 1908 majalah Al-Imam
dihentikan penerbitannya dan diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha,
Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara
- Kaum Muda menubuhkan beberapa
buah madrasah untuk menyebarkan idea dengan lebih berkesan seperti Madrasah
al-Masyhur al-Islamiah di Pulau Pinang, Madrasah al-Diniah Kampung Lalang di
Padang Rengas dan Madrasah Il-Ihya Assyariff, Gunung Semanggol di Perak
(iii) Tentangan Gerakan Islah
- idea pembaharuan Kaum Muda
ditentang oleh ‘Kaum Tua’ melalui akhbar ‘Suara Benar’ dan ‘Lidah Benar’
- Kaum Tua terdiri daripada
golongan ulama’ dan pegawai agama yang tidak menerima idea Islah Kaum Muda
- mereka berpegang kuat kepada
adat dan agama Islam
- pertelingkahan antara mereka
hanyalah perkara kecil yang tidak melibatkan perkara pokok dalam agama Islam
(iv) Tokoh Pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu
a) Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin
- lahir di Sumatera tahun 1869
- berpendidikan di Makkah dan di
Universiti al-Azhar, Mesir
- menerbitkan majalah Al-Imam
- pernah dilantik sebagai Mufti
Negeri Perak
b) Haji Abbas Muhammad Taha
- lahir di Singapura tahun 1885
- berpendidikan di Makkah
- pernah dilantik sebagai kadi di
kawasan Tanjung Pagar, Singapura
- menerbitkan akhbar Neracha
c) Syed Sheikh al-Hadi
- lahir di Melaka tahun 1862
- mendapat pendidikan agama di
Terengganu dan di Pulau Penyengat, Riau
- sering berkunjung ke Makkah dan
Mesir
- mendalami idea perjuangan
Syeikh Muhammad Abduh
- menerbitkan akhbar Al-Ikhwan
dan Saudara
8.4 Intelektual Mematangkan Perjuangan
(Teks m/s: 205-206
- Gerakan Islah menimbulkan
kesedaran di kalangan intelektual Melayu
- tahun 1930-an golongan
intelektual ini menyemarakkan kesedaran kebangsaan
(i) Golongan Intelektual Pendidikan Melayu
- golongan ini lepasan Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak
- terdiri daripada guru-guru
Melayu yang berperanan sebagai pemimpin masyarakat
- MPSI disifatkan sebagai ‘The
Cradle of Malay Nationalism’
- Berganding bahu dengan golongan
cerdik pandai agama untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan
pendidikan
- Usaha ini menimbulkan kesedaran
untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British
- Antara tokoh nasionalis ialah
Harun Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaacob dan Abdul Hadi Hassan
a) Harun Aminurrashid
- tokoh pejuang kebangsaan
lepasan MPSI
- merupakan guru yang bersemangat
kebangsaan
- penulis yang aktif mempelopori
penulisan puisi bertemakan semangat kebangsaan
b) Abdul Hadi Hassan
- seorang pensyarah MPSI
- sentiasa menanamkan semangat
cinta akan bangsa dan negara kepada para pelajarnya
(ii) Golongan Intelektual Pendidikan Inggeris
- berjuang menuntut hak orang
Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran
- menubuhkan persatuan dan bidang
penulisan untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu
- antara tokoh-tokohnya ialah
Raja Chulan, Mohammad Eunos Abdullah, Dato’ Onn Jaafar dan Ishak Haji Muhammad
a) Raja Chulan
- mendapat pendidikan di Kolej
Melayu Kuala Kangsar
- tahun 1924 dilantik menjadi
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan
- menggesa British meningkatkan
taraf ekonomi orang Melayu dan menambah peluang orang Melayu dalam perkhidmatan
kerajaan
b) Mohammad Eunos Abdullah
- berpendidikan Inggeris di
Raffles Institution, Singapura
- merupakan orang Melayu pertama
dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
- pernah bertugas sebagai Ketua
Pengarang akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu
- tahun 1926 menubuhkan Kesatuan
Melayu Singapura
c) Dato’ Onn Jaafar
- berpendidikan Inggeris di
England dan Kolej Melayu Kuala Kangsar
- pernah menjadi pengarang akhbar
Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Warta Ahad
- tahun 1936 dilantik sebagai
Ahli Tidak Rasmi dalam Majlis Mesyuarat Negeri Johor
8.5 Perjuangan Naionalisme Melalui Mata Pena
(Teks m/s: 207-212)
- akhbar dan majalah merupakan
media yang rapat dengan rakyat
- sesuai dijadikan saluran untuk
melahirkan kesedaran kebangsaan
- melalui media idea tentang
perjuangan kebangsaan dapat disalurkan untuk bacaan semua lapisan masyarakat
(i) Peranan Akhbar dan Majalah Melayu
- tahun 1930-an akhbar Melayu
mula menyuarakan isu sosial, kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu
- akhbar berjaya menyemai
semangat kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu
- melalui serua-seruan akhbar
orang Melayu menubuhkan persatuan untuk merintis pergerakan lebih tersusun
- antara peranan akhbar dalam
membangkitkan semangat kebangsaan ialah;
- mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan
orang Melayu
- menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan
semangat kenegerian
- menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang
pentadbiran, ekonomi dan pendidikan
- antara akhbar yang berpengaruh
sebelum Perang Dunia II ialah Warta Malaya (1930-1941) di Singapura, Majlis
(1931-1941) di Kuala Lumpur dan Utusan Melayu (1939-1941) diterbitkan di
Singapura
- akhbar-akhbar lain ialah;
- Lembaga Melayu (1914-1931) di Singapura
- Pengasuh (1918-1941) di Kota Bharu, Kelantan
- Majalah Guru (1924-1941) di Kuala Lumpur dan
Pulau Pinang
- Al-Ikhwan (1926-1931) di Pulau Pinang
- Saudara (1928-1941) di Pulau Pinang
- Fajar Sarawak (1930) di Sarawak
a) Akhbar Warta Malaya
- diterbitkan di Singapura
- pengarang pertamanya ialah
Dato’ Onn Jaafar
- menyiarkan tentang keadaan
sosioekonomi orang Melayu
- mendesak orang Melayu diberikan
lebih banyak jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan
b) Akhbar Majlis
- diterbitkan di Kuala Lumpur
- pengarang pertamanya Abdul
Rahim Kajai
- mendedahkan kelemahan dasar
British yang mengancam kedudukan orang Melayu
- dianggap akhbar yang berani
c) Akhbar Utusan Melayu
- diterbitkan di Singapura
- pengarang pertamanya Abdul
Rahim Kajai
- menggesa orang Melayu
meningkatkan taraf ekonomi dan menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan nasib
bangsa dan tanah air
Tokoh Akhbar
Melayu
a) Abdul Rahim Kajai
- seorang nasionalis yang berjuang
melalui bidang kewartawanan
- digelar Bapa Kewartawanan
Melayu
- menjadi Ketua Pengarang akhbar
yang berpengaruh pada zamannya seperti Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu
(ii)Kegiatan Persuratan di Kalangan Orang Cina dan
India
a) Akhbar Orang Cina
- orang Cina terbitkan akhbar
sebelum Perang Dunia II
- antaranya akhbar Lat Pau,
Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News
- tahun 1881 akhbar Lat Pau
diterbitkan
- melaporkan tentang kegiatan
sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu
- juga menyiarkan peristiwa yang
berlaku di negara China
- terdapat juga akhbar berbahasa
Melayu yang diterbitkan oleh masyarakat Cina Peranakan (Baba dan
Nyonya)
- antaranya akhbar Surat Khabar
Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan
- tahun 1884 akhbar Bintang Timor
diterbitkan dan merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang berani
melaporkan berita pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang
- tahun 1930 diterbitkan akhbar
Bintang Pranakan yang membicarakan hal ehwal masyarakat Cina peranakan yang
menunjukkan taat setia kepada British sebagai pemerintah Tanah Melayu
b) Akhbar Orang India
- diterbitkan akhbar Ulaga Nesan,
Tamil Nesan dan Tamil Murasa
- pada 24 September 1924 akhbar
Tamil Nesan diterbitkan di Kuala Lumpur
- melaporkan berita tentang
kegiatan sosial dan ekonomi orang India di Tanah Melayu
- juga peristiwa yang berlaku di
negara India
- terdapat juga akhbar berbahasa
Melayu diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan
- antaranya Jawi Peranakan,
Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri
- tahun 1888 akhbar Sekola Melayu
diterbitkan dan dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu
Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif
- semangat kebangsaan dibangkitkan melalui karya
kreatif seperti puisi, novel dan cerpen
- karya kreatif menjadi saluran untuk menyuarakan
perjuangan orang Melayu oleh golongan guru, penulis dan wartawan
(i) Penulisan Puisi
- sebelum Perang Dunia II banyak
puisi bertemakan semangat kebangsaan dan disiar dalam akhbar dan majalah
- tujuan untuk menyuburkan
perasaan cinta akan bangsa dan negara, menyeru rakyat merebut peluang ekonomi
dan mempertahan maruah bangsa
- antaranya:
- puisi oleh Harun Aminurrashid seperti Tenaga
Kaumku, Mempertahankan Hak Kita dan Perwira Melayu
- Abdul Samad Ahmad menulis puisi Serunai Pujangga,
Kapal Tiada Nakhoda dan Hari Kejatuhan Kita
- Muhammad Yusuf Harun menulis puisi Dunia Yang
Fana dan Di Lautan Seberang
- puisi lainnya seperti Bangkitlah oleh Omar
Mustaffa, Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang, Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi dan
Di Tengah Segara oleh Muhammad Yasin Maamor
(ii)Penulisan Novel dan Cerpen
- melaluinya kesedaran kebangsaan
dapat disampaikan kepada masyarakat lebih berkesan
- karya-karya sastera ini
bertemakan semangat perjuangan, nasib bangsa dan semangat cintakan tanah air
- tema ini menimbulkan kesedaran
di kalangan orang Melayu
- antara penulis cerpen
yang terkenal ialah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan
Shamsuddin Salleh
- cerpen yang terkenal seperti
Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai, Rumah Besar Tiang Sebatang oleh
Ishak Haji Muhammad, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada
Diminta oleh Shamsuddin Salleh
- manakala novel pula
seperti Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi, Iakah Salmah? Oleh
Ahmad Rashid Talu, Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminnurrashid, Putera Gunung
Tahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad, Mari Kita Berjuang oleh
Abdullah Sidek dan Melati Kota Bahru oleh Abdul Kadir Adabi
8.6 Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan
(Teks m/s: 213-219)
- pertubuhan berperanan penting
dalam gerakan kesedaran kebangsaan
- pertubuhan di peringkat awal
bersifat kenegerian serta memperjuangkan kepentingan ekonomi dan sosial
- menjadi pendorong kepada
kemunculan penubuhan bersifat pertubuhan
(i) Kemunculan Pertubuhan Melayu
- golongan wartawan dan akhbar
menimbulkan kesedaran politik orang Melayu dan mendorong menubuhkan pertubuhan
untuk perjuangkan hak dan kepentingan mereka
- antaranya;
a) Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
- menjadi peransang kepada
pemimpin di negeri-negeri Melayu
- diasaskan tahun 1926 oleh
Mohammad Eunos Abdullah
- dianggotai golongan bangsawan,
kakitangan kerajaan, wartawan dan peniaga
- tujuan penubuhan adalah untuk;
- menggalakkan ahli berperanan lebih besar dalam
politik dan pentadbiran
- perjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang
pendidikan
- menjadi wakil Melayu berurusan dengan British
bagi hal berkaitan dengan hak dan kepentingan orang Melayu
- akhir tahun 1930-an banyak
persatuan bersifat kenegerian ditubuhkan seperti Persatuan Melayu Perak (1937),
Persatuan Melayu Pahang (1938), Persatuan Melayu Selangor (1938), Persatuan
Melayu Negeri Sembilan (1938), Persatuan Melayu Pulau Pinang (1937) dan
Persatuan Melayu Kelantan (1939)
- lain-lain persatuan seperti
Persatuan Melayu Melaka (1937), Persatuan Melayu Serawak (1939) dan Persatuan
Melayu Johor (1939)
- tujuan penubuhan untuk
meningkatkan ekonomi dan sosial orang Melayu
- dianggotai cerdik pandai Melayu
yang berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan British
- perjuangan bersifat sederhana
- menunjukkan taat setia yang
kuat kepada Raja-Raja Melayu dan bekerjasama dengan British
- mendesak British memberi lebih
banyak peluang kepada orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan
b) Persatuan Melayu Selangor
- dipimpin oleh Tengku Ismail bin
Tengku Muhammad Yassin
- memperjuangkan;
- mendesak lebih ramai pegawai Melayu dalam
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
- keanggotaan askar Melayu
- menubuhkan angkatan laut dan udara Tanah Melayu
c) Kongres Melayu Se-Tanah Melayu
- tahun 1939 kongres yang pertama
diadakan di Kuala Lumpur
- dianjurkan bersama oleh
Kesatuan Melayu Singapura dan Persatuan Melayu Selangor
- tujuan untuk mewujudkan
perpaduan kebangsaan di kalangan orang Melayu
- berjaya menghimpunkan wakil
daripada semua persatuan Melayu untuk berbincang memajukan bangsa Melayu
- tahun 1940 kongres kedua
diadakan di Singapura
- berjaya menarik lebih banyak penyertaan
persatuan Melayu termasuk dari Sarawak dan Brunei
- menyarankan semua persatuan
Melayu memajukan orang Melayu di negeri masing-masing
- kongres ketiga tidak dapat
diadakan kerana Jepun telah menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941
d) Persaudaraan Sahabat Pena
- nama penuhnya ialah
Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
- ditubuhkan tahun 1934
- dikendalikan oleh akhbar
Saudara yang menyediakan ruangan untuk ahli-ahlinya menulis dan mengemukakan
pendapat
- cogan kata mereka ialah ‘Hidup
Bahasa Hidup Bangsa’
- menggalakkan ahli-ahlinya dari
Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah bertukar pendapat
- tujuan untuk meningkatkan
semangat dan kesedaran kebangsaan di kalangan mereka
- pada November 1934 mengadakan
persidangan di peringkat kebangsaan yang pertama di Taiping, Perak
- berjaya menghimpunkan ahli dari
seluruh Tanah Melayu
- semangat kenegerian dapat
dipecahkan dan konsep kebangsaan Melayu mula terbentuk
- persidangan seterusnya diadakan
di Pulau Pinang, Singapura, Ipoh dan Seremban
e) Kesatuan Melayu Muda (KMM)
- ditubuhkan tahun 1938 di Kuala
Lumpur
- merupakan pertubuhan Melayu
bersifat politik yang pertama di Tanah Melayu
- dipimpin oleh Ibrahim Haji
Yaakob
- pemimpin yang lain seperti
Mustapha Hussain dan Ahmad Boestamam
- tujuan untuk menanamkan
semangat perpaduan dan kesedaran di kalangan orang Melayu dan mempertahankan
hak
- berjuang membebaskan Tanah
Melayu daripada penjajahan British
- bercita-cita menyatukan Tanah
Melayu dengan Indonesia untuk mewujudkan Melayu Raya
- kebanyakan anggotanya terdiri
daripada guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
- perjuangan KMM bercorak radikal
kerana mengamalkan dasar tidak bekerjasama dan menyuarakan pertentangan secara
terbuka terhadap British
- mengadakan pakatan sulit dengan
Jepun untuk menentang British
- akhbar Warta Malaya digunakan
untuk membangkitkan perasaan anti British dan memperjuangkan cita-cita KMM
- tahun 1941 Ibrahim Haji Yaacob
dan 150 anggota KMM ditangkap oleh British dan dipenjarakan di Singapura
- mereka dibebaskan semasa
pendudukan Jepun
- tahun 1942 KMM diharamkan oleh
Jepun
(ii)Pertubuhan Orang Cina dan India
- sebelum Perang Dunia II orang
Cina dan India di Tanah Melayu lebih menumpukan perhatian kepada keadaan yang
berlaku di negara asal
a) Pertubuhan Orang Cina
- awal kurun ke-20 terdapat
beberapa pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu seperti Hsing Chong Hui
dan Chung Ho Tang
- menumpukan perhatian kepada
negara China
- terdapat juga orang Cina yang
memberi perhatian kepada politik tempatan terutama oleh orang-orang Cina yang
lahir di Negeri-Negeri Selat atau Cina Peranakan yang menjadi
warganegara British
- tahun 1900 Persatuan Orang
Cina Peranakan British telah ditubuhkan oleh orang Cina Peranakan
yang berpendidikan Inggeris
- antara tokoh-tokohnya ialah Tan
Jiak Kim, Lim Boon Keng, Song Ong Siang dan Seah Liang Seah
- presiden pertama persatuan ini
ialah Tan Jiak Kim
- antara pengasas utama persatuan
ini ialah Lim Boon Keng
- tujuan penubuhannya untuk
melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-Negeri Selat
- selain itu menggalakkan orang
Cina Peranakan memperoleh pendidikan tinggi dan teknikal
- mereka juga menunjukkan taat
setia kepada British
- antara tokoh golongan ini ialah
Tan Cheng Lock
(i) Tan Cheng Lock
- lahir di Melaka
- berpendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka
dan Raffles Institution di Singapura
- tahun 1923-1934 telah dilantik sebagai Ahli Tidak
Rasmi Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
b) Pertubuhan Orang India
- terpengaruh dengan gerakan
kebangsaan di negara asal sebelum Perang Dunia II
- tubuhkan persatuan dengan
tujuan melindungi kepentingan orang India di Tanah Melayu
- awal kurun ke-20 golongan
cerdik pandai India yang berpendidikan Inggeris menubuhkan persatuan India di
bandar-bandar utama seperti Taiping, Kuala Lumpur, Melaka, Klang, Seremban dan
Pulau Pinang
- menjadi perintis kepada
pembentukan pertubuhan yang menyatukan orang India di Tanah Melayu
- tahun 1039 Persatuan India
Pusat Tanah Melayu ditubuhkan
- dipimpin oleh A.M.Soosay
- merupakan gabungan 12 buah
persatuan India dan 4 dewan perniagaan India
- tujuan untuk memperjuangkan hak
dan kepentingan orang India di Tanah Melayu
No comments:
Post a Comment