CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 9 April 2012

~Tingkatan 1;Bab 9 : WARISAN KESULTANAN MELAYU~


NOTA TINGKATAN 1 BAB 9
BAB 9    :  WARISAN KESULTANAH MELAYU
(1)          Sistem pemerintahan negeri Melayu
a)  Pentadbiran peringkat negeri
*      Sultan  lambang kedaulatan negeri.
*      Sultan miliki kesempurnaan,kebolehan, keistimewaan
o   Kedaulatan melalui kemampuannya melaksanakan undang-undang dengan adil.
*      Kedaulatan jamin keamanan, kesetiaan dan sokongan
*      Unsur kukuhkan kedaulatan sultan – kecemerlangan, keunggulan peribadi dan kepahlawanan sultan
*      Sultan dibantu kerabat diraja & pembesar
*      Kedaulatan diperkukuh dgn alat kebesaran.
*      Cap mohor diraja  – alat kebesaran – mengesahkan arahan dan lambang surat rasmi kerajaan.
*      Alat kebesaran lain – tengkolok atau destar
*      Alat kebesaran tidak boleh digunakan oleh rakyat
*      Warna kuning pada hiasan
*      Payung putih dikhaskan kepada raja
*      Payung kuning digunakan oleh anak raja.
*      Nobat – alat muzik diraja dalam upacara :
              i. pertabalan raja,
             ii. kemangkatan raja dan kerabatnya
            iii. keberangkatan raja ke balairung seri.
*       Alat muzik nobat terdiri daripada semambu, gong,  nafiri, serunai, dua gendang besar (nakara) dan dua gendang kecil (tabal).
*       Bahasa dalam/ bahasa istana seperti santap
*       Rakyat dilarang mengguna bahasa dalam
*       Perintah sultan mestilah dilaksanakan.
*       Rakyat yang engkar dianggap derhaka.
*       Rakyat menderhaka akan ditimpa tulah.


b)  pentadbiran peringkat jajahan & daerah

Ø  Jajahan dan daerah ditadbir oleh pembesar
Ø  Pembesar dilantik terus oleh sultan.

Ø  Perlantikan melalui pemberian surat tauliah.
Ø  Pembesar taat pada sultan.
Ø  Tugas utama pembesar jajahan dan daerah :
             i. jaga keamanan negeri
            ii. pertahankan kedaulatan negeri.
           iii. serahkan hasil dan cukai kepada kerajaan.
          iv. sediakan tenaga kerja.

c)  Pentadbiran peringkat kampung
1.  Tugas ketua kampung(penggawa/penghulu) :
         i  pungut cukai
        ii.bekalkan tenaga tentera
       iii.kekalkan taat setia masyarakat kampung.
       iv. perantara pembesar dan rakyat jelata.

2.  Pemimpin kampung  lain -  golongan agama
3 . Tugas golongan agama :
     i. penasihat sultan, kadi, mufti
    ii. berdakwah,
    iii. kendalikan pengajian agama
    iv. hasilkan karya agama.
    v. menjadi imam, khatib, bilal & juru nikah.
4. Golongan magis :
       i. seperti bomoh dan pawing
      ii. mahir di bidang perubatan.
     iii. berkebolehan menyembuhkan penyakit
     iv. mengetahui khasiat akar kayu dan herba.
v.            menjadi pemimpin masyarakat kampung.

(2)  Sistem pemerintahan Negeri Sembilan
a)   Adat Perpatih dan Adat Temenggung
o   Berasal dari Sumatera.
o   Datuk Perpatih Nan Sebatang  mengasaskan Adat Perpatih di Pagar Ruyong, Sumatera.
o   Adat perpatih dilaksanakan apabila orang Minangkabau berhijrah ke Tanah Melayu dan menetap di Naning & Negeri Sembilan.
o   Datuk Ketemenggungan – asaskan Adat Temenggung. di Palembang, Sumatera.
o   Adat Ketemenggungan dibawa ke Tanah Melayu setelah keturunan raja Palembang datang ke Melaka.
        Adat Temenggung diamalkan di semua negeri di Malaysia kecuali      Naning dan Negeri Sembilan.
o   Orang yang mahir dalam mentafsir dan melaksanakan hukum undang adat ialah ketua adat.
    b)   Sistem pemerintahan  Negeri Sembilan
§  Pemerintah tertinggi ialah Yamtuan Besar
§  Peranan sama dengan peranan raja Melayu
§  Undang ialah ketua segala luhak atau luak.
§  Empat luak diperintah oleh Undang  iaitu Sungai Ujong,  Jelebu,  Johol dan  Rembau
§  Luak lain diperintah oleh Penghulu.
§  Tugas Undang – memilih Yamtuan Besar.
§  Lembaga ialah ketua suku atau waris.
§  Peranan Lembaga :
          i.  pilih Undang
          ii. jaga keselamatan dan keamanan
         iii. selesaikan pertelingkahan antara suku
         iv. kendalikan pembahagian harta pusaka
         v.  perantara anggota sukunya dengan Undang.

9.            Buapak ialah ketua Perut
§  Setiap anggota Perut merupakan Anak Buah.
§  Buapak-tmpt rujukan adat dan hukum.
§  Hidup bersuku-suku
§  Setiap suku tersebut dianggap satu keluarga.
§  Pemilihan pemimpin dalam Adat Perpatih :
         i. Anak Buah memilih Buapak
        ii. Buapak  memilih Lembaga.
        iii. Lembaga  memilih Undang.
        iv. Undang  memilih Yamtuan Besar.
§  Sistem pemilihan ikut amalan demokrasi.
§  Mempunyai alat kebesaran diraja

(3)  Undang-undang adat
Ø  Peraturan berdasarkan amalan kebiasaan
Ø  Dihafal secara turun-temurun
(a)   Adat Temenggung
v  Pemerintahan bercorak autokratik.
v  Kuasa tertinggi ditangan sultan atau raja.
v  Peranan sultan :
                    i. ketua pentadbir
                    ii.  ketua agama
                   iii. simbol kedaulatan
                  iv. perpaduan rakyat.

v  Sistem kekeluargaan – sebelah ibu dan ayah.
v  Lelaki menjadi ketua keluarga.
v  Nasab keturunan – sebelah bapa.
v  Perkahwinan – hukum syarak (boleh kahwin sepupu).
v  Pembahagian harta pusaka – anak lelaki
v  Hukuman bertujuan memberi pengajaran

1 comment:

  1. hmmm...thank you...i can't finish my sejarah work with using thi nota.............

    ReplyDelete