6.1 Kegiatan Pertanian Dagangan (Teks
m/s: 126-128)
- peringkat awal
diusahakan jenis tanaman tradisional seperti lada hitam, gambir, buah pala,
cengkih, ubi kayu, tebu dan nanas
- diusahakan kerana
mendapat pasaran yang baik
- British hanya
menggalakkan peladang Eropah dan orang asing untuk mengusahakan pertanian
dagangan
- penduduk tempatan
tidak digalakkan terlibat
a) Lada hitam dan gambir
- untuk tujuan
eksport
- diusahakan di
Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak
- kurun ke-19 lada
hitam dan gambir diperkenalkan di Johor melalui Sistem Kangcu
- di Johor tanaman
ini diusahakan oleh orang-orang Cina dari Singapura
- tanaman ini
menjadi hasil eksport penting Johor sehingga awal kurun ke-20
- gambir biasanya
digunakan sebagai bahan pewarna dan mencelup sutera
b) Buah pala dan cengkih
- banyak ditanam di
Pulau Pinang
- tanaman buah pala
diutamakan kerana harganya lebih tinggi
- dieksport ke
Eropah dan China
- cengkih yang
dikeringkan sesuai dijadikan ubat
- 1850-an tanaman
ini merosot kerana harganya tidak stabil
c) Tebu
- ladang tebu
banyak dibuka di Seberang Perai dan Perak
- permintaan
terhadap gula meningkat di pasaran dunia
- 1830-an Seberang
Perai merupakan pusat pengeluaran gula utama di negeri-Negeri Selat
- tahun 1900 Perak
mencul sebagai pusat pengeluar gula terbesar di Tanah Melayu
- gula menjadi
eksport penting Tanah Melayu selama hampir 50 tahun
d) Ubi kayu
- meruapakan
tanaman eksport penting Tanah Melayu
- banyakditanam di
Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor
e) Nanas
- industri mengetin
nanas berpusat di Perak, Selangor dan Johor
- sebelum Perang Dunia
II Tanah Melayu merupakan pengeksport nanas dalam tin kedua terbesar di dunia
6.2 Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi
(teks m/s: 128-129)
- kurun ke-20
tanaman dagangan tradisional kurang penting kerana harganya tidak stabil di
pasaran dunia
- British
memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, kelapa sawit, tembakau dan teh
a) Kopi
- diusahakan secara
besar-besaran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
- harga kopi
meningkat di pasaran dunia
b) Kelapa sawit
- berasal dari
Afrika
- diperkenalkan di
Kuala Selangor
- 1920-an minyak
kelapa sawit mula dieksport
- ladang kelapa
sawit dibuka di Perak dan Johor
- Johor menjadi
pengeksport utama kelapa sawit
c) Tembakau
- ladang dibuka di
Pulau Pinang dan Pahang
d) Teh
- diusahakan di
Cameron Highlands, Pahang
- teh yang
dihasilkan di Tanah Melayu bermutu tinggi dan dikenali sebagai ‘Teh Ceylon’
6.3 Perkembangan Perusahaan Getah (Teks
m/s: 130-133)
- akhir kurun ke-19
harga kopi jatuh di pasaran dunia
- getah diperkenalkan
sebagai tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi
- kurun ke-20 getah
menjadi eksport penting Tanah Melayu
(i) Sejarah Asal-Usul Getah
- berasal dari
Brazil
- getah di Tanah
Melayu dari jenis Hevea Brasiliensis
- tahun 1876
sebanyak 70 000 biji getah dari Brazil dibawa ke England oleh Henry Wickham
- kemudian disemai
di Kew Garden, England
- sebanyak 300
benih getah dihantar ke negara-negara naungan british terutamanya Sri Lanka
- 1877 sebanyak 22
batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden
- dari Singapura
beberapa batang anak getah dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam di halaman
kediaman Residen Perak
- Pengarah
Botanical Garden Singapura iaitu H.N.Ridley yang bertanggungjawab menggalakkan tanaman
getah di Tanah Melayu
(ii)Perkembangan Getah
- awal kurun ke-20
harga getah melambung tinggi di pasaran dunia
- permintaan
meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah dan Amerika
Syarikat
- ladang-ladang
getah dibuka besar-besaran di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor
- 1920-an Tanah
Melayu menghasilkan 53% daripada jumlah pengeluaran getah dunia
- Tanah Melayu
muncul pengeluar getah terbesar dunia
- Syarikat-syarikat
Eropah menguasai perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby, Guthrie,
Harrisons and Crosfield dan United Plantation
- Penduduk tempatan
mengusahakan tanaman secara kebun kecil
Faktor-Faktor
Perkembangan Perusahaan Getah
a) Permintaan Getah Meningkat
- diperlukan dalam
perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat dan Eropah
- diperlukan untuk
membuat kasut, pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik
b) Kejatuhan Harga Kopi
- harga kopi jatuh
kerana pengeluaran berlebihan di Brazil dan serangan serangga perosak
- peladang terpaksa
beralih kepada tanaman getah
c) Tenaga Buruh Mencukupi
- buruh dari India
dibawa masuk secara besar-besaran untuk bekerja di ladang-ladang getah
d) Usaha H.N.Ridley
- memperkenalkan
kaedah menoreh mengikut sistem ‘ibedem’ atau sistem tulang ikan herring
- kaedah torehan
ini meningkatkan pengeluaran susu getah
e) Pelaburan Modal
- banyak syarikat
besar Eropah melabur dalam perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime
Darby dan Guthrie
f) Cukai Rendah
- British
mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah
- Tujuannya untuk
menggalakkan ladang-ladang baru dibuka
Sebab-Sebab Kejatuhan Perusahaan
Getah
- tahun
1920-1930-an berlaku zaman kemelesetan ekonomi dunia
- harga getah jatuh
dan memberi kesan kepada perusahaan getah
Langkah-Langkah Menstabilkan Harga
Getah
- diperkenalkan
Rancangan Stevenson dan Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa
a) Rancangan Sekatan Stevenson 1922
- tujuan untuk
mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah
- disertai negara
naungan British seperti Tanah Melayu dan Sri Lanka
- Belanda dan
Indonesia enggan menyertai rancangan ini sebaliknya terus meningkatkan
pengeluaran getah
- tahun 1928
rancangan ini ditamatkan oleh British apabila gagal mencapai matlamat
b) Perjanjian Peraturan getah
Antarabangsa 1934
- tujuan untuk
mengurangkan pengeluaran getah dan menstabilkan harga
- disertai oleh
Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia, IndoChina
dan Thailand
- setiap negara
dikehendaki mengurangkan pengeluaran mengikut kuota yang ditetapkan
- berjaya
meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia sebelum Perang Dunia II
Pengeluaran
Getah Tiruan
- Amerika Syarikat
memperkenalkan getah tiruan selepas Perang Dunia II
- menjadi pesaing
kepada getah asli
- dihasilkan
apabila bekalan getah asli dunia terputus akibat Perang Dunia II
- getah asli
keluaran Tanah Melayu bermutu tinggi dan dapat menandingi getah tiruan
6.4 Perkembangan Perusahaan
Perlombongan
(Teks m/s: 134-138)
- British memajukan
kegiatan perlombongan
- Hasil galian
adalah seperti bijih timah, emas, arang batu, bauksit, bijih besi dan ilmanit
a) Emas
- 1890-an dilombong
secara komersial di raub, Pahang
- Raub merupakan
kawasan lombong emas terbesar Tanah Melayu
- diusahakan oleh
syarikat dari Australia
b) Arang batu
- dilombong di Batu
Arang, Selangor
- digunakan sebagai
bahan api
c) Bauksit
- sejenis logam
yang digunakan untuk membuat aluminium
- dilombong di
Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor, Teluk Emas di Melaka
d) Bijih besi
- dilombong di
Bukit Besi, Terengganu dan Rompin, Pahang
- lombong bijih
besi juga dibuka di Kedah, Perak dan Johor
e) Ilmanit
- galian yang
dikeluarkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih timah
- dihasilkan di
batang Padanf, Perak
Perkembangan Perlombongan Bijih Timah
- bijih timah
merupakan galian terpenting di Tanah Melayu
- British menguasai
Tanah Melayu adalah juga kerana bijih timah
- Sebelum dieksport
bijih timah diproses menjadi jongkong timah
- Perkembangannya
dapat dilihat dalam dua peringkat iaitu peringkat sebelum dan selepas campur
tangan British
a) Peringkat Sebelum Campur Tangan
British di Tanah Melayu
- kegiatan
melombong adalah bercorak tradisional
- diusahakan oleh
orang Melayu
- menggunakan cara
mendulang dan melampan
- tahun 1820-an
orang Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah kepunyaan pembesar
melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang
- orang Cina dan
Eropah dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada
pembesar-pembesar Melayu
b) Peringkat Selepas Campur
Tangan British di Tanah Melayu
- perlombongan
bijih timah semakin berkembang dengan penglibatan orang Cina
- banyak lombong
baru dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan di Lembah Kinta, Perak
- orang Cina
memperkenalkan sistem lombong dedah, pam kelikir dan palung
- akhir kurun
ke-19 orang Cina menguasai kegiatan melombong bijih timah
Faktor-Faktor Perkembangan Bijih Timah
- akhir kurun ke-19
Tanah Melayu merupakan penyumbang utama bijih timah dunia iaitu sebanyak 55%
- perkembangannya
adalah kerana faktor seperti Revolusi Perindustrian dan kaedah melombong yang
lebih moden
a) Revolusi Perindustrian di
Eropah
- permintaan bijih
timah semakin meningkat
- bijih timah
digunakan dalam perusahaan mengetin makanan
b) Kaedah Melombong Bijih Timah
Lebih Moden
- diperkenalkan
oleh syarikah-syarikat Eropah awal kurun ke-20
- menggunakan kapal
korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah
- tahun 1912 kapal
korek pertama kali digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging
di Batu Gajah, Perak
- pada tahun 1929
terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu
- 1930-an orang
Eropah menguasai perusahaan bijih timah sebanyak 68%
Kejatuhan Harga Bijih Timah dan
Langkah Mengatasi
- 1930-an harga
bijih timah jatuh akibat kemelesetan ekonomi dunia
- 1931
ditandatangani Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa sebagai langkah
memulihkan semula harga bijih timah
- negara-negara
terlibat ialah Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia
- semua negara
bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bijih timah
- hasilnya pada
tahun 1934 Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan
- tujuan untuk menyelaraskan
pengeluaran bijih timah
- kesannya dapat
menstabilkan semula harga bijh timah
6.5 Pengeluaran Hasil Hutan
(Teks m/s: 139-141)
- Tanah Melayu kaya
dengan hasil hutan seperti kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, kapur barus,
getah perca dan getah jelutung
- diusahakan secara
tradisional melalui kegiatan meramu
- semasa
pentadbiran British hasil-hasil ini menjadi kegiatan ekonomi bercorak komersial
- british
menggalakkan pengeluaran hasil hutan untuk dieksport ke China, Amerika Syarikat
dan Eropah
- tahun 1901
Brritish menubuhkan Jabatan Perhutanan
- tujuan untuk
menguruskan pengeluaran hasil hutan dengan lebih sistematik
a) Damar
- diperoleh
daripada getah pelbagai jenis pokok di hutan
- damar digunakan
untuk menutup renggangan pada papan perahu
- dieksport untuk
dijadikan varnis iaitu bahan untuk menggilap permukaan papan atau rotan
b) Getah perca
- diperoleh
daripada pokok getah perca yang tumbuh dalam hutan
- digunakan untuk
membuat peralatan bedah, bola golf dan bahan penebat kabel telegraf dasar laut
- untuk mendapatkan
getah perca batang pokok ditetak bagi mengeluarkan susunya
- kemudian susu
dikumpul dalam bekas dan dibentuk menjadi bebola atau jongkong
c) Getah jelutung
- kegunaannya untuk
dijadikan ramuan getah pengunyah dan sebagai pelekat dalam industri gigi palsu
- tahun 1920-an
getah jelutung dikumpul menggunakan tabung buluh
- ia biasanya
dieksport
d) Rotan
- dihasilkan untuk
kegunaan dalam negeri dan juga banyak dieksport ke China
- kegunaan rotan
untuk dijadikan bakul, tikar ,tongkat, tangkai payung dan perabot
e) Pembalakan
- banyak dieksport
ke China dan Britain
- antara kayu balak
yang diusahakan ialah cengal, meranti dan keruing
- digunakan sebagai
bahan binaan, membuat perabot dan perahu
- 1928 British
memperkenalkan lesen kilang papan untuk mengawal kegiatan pembalakan dan
industri berasaskan kayu
Kegiatan
Dwiekonomi
- diperkenalkan
oleh British terhadap penduduk di Tanah Melayu
- ia melibatkan
kegiatan ekonomi dagangan dan ekonomi tradisional
a) Ekonomi Dagangan
- British lebih
mengutamakan ekonomi dagangan seperti kegiatan perlombongan, perladangan dan
perdagangan
- dimajukan
terutama di kawasan pantai barat Tanah Melayu
- dijalankan secara
besar-besaran menggunakan teknologi moden dan disokong kemudahan asas yang baik
seperti sistem perhubungan dan pengangkutan yang teratur
- lebih
berorientasikan eksport
- dikuasai syarikat
asing khususnya syarikat Eropah
- tertumpu pada
perlombongan bijih timah dan perusahaan getah
- melibatkan tenaga
buruh yang ramai
- melibatkan
pelaburan modal yang besar
- teknologi moden
seperti mesin hidraulik banyak digunakan dalam kegiatan perlombongan bijih
timah
b) Ekonomi Tradisional
- kegiatan ekonomi
tradisional ini diabaikan oleh british
- diusahakan oleh
orang Melayu di luar bandar
- bercorak sara
diri
- tertumpu pada
kegiatan menanam padi dan menangkap ikan
- menggunakan
peralatan tradisional seperti kerbau untuk membajak sawah padi
- melibatkan modal
kecil
Kesan
Kegiatan Dwiekonomi
- berlaku
perkembangan tidak seimbang
- mewujudkan jurang
ekonomi antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar
6.6 Perkembangan Ekonomi Membawa
Perubahan
(Teks m/s: 142-158)
- kemajuan pesat
ekonomi terutama perlombongan bijih timah dan perusahaan getah membawa pelbagai
perubahan
- perubahan dialami
antaranya penggunaan buruh-buruh luar, kemajuan pengangkutan dan perhubungan,
kemudahan sosial, pendidikan vernakular dan kemunculan bandar-bandar baru
i) Penggunaan Buruh
Luar
- British
menggalakkan kemasukan imigran Cina dan India
- tujuan sebagai
tenaga buruh di lombong bijih timah dan ladang getah
- British
memastikan ia mencukupi demi kepentingan British untuk membolot kekayaan Tanah
Melayu
a) Orang Cina
- dibawa masuk
bekerja di lombong bijih timah di Perak, Selangor dan negeri Sembilan
- berasal dari
China Selatan
- kebanyakan dibawa
masuk melalui Sistem Kontrak
- ada juga yang
datang ke Tanah Melayu secara persendirian dan bekerja di sektor pertanian dan
menjadi pekerja mahir di bandar
Sistem
Kontrak
- orang Cina dibawa
masuk ke Tanah Melayu melalui majikan
- tambang
perjalanan dibayar oleh majikan
- majikan juga
menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal
- mereka
dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga hutang tambang selesai
- selepas tamat
kontrak mereka bebas bekerja dengan majikan lain
b) Orang India
- dibawa masuk
bekerja di ladang-ladang getah
- berasal dari selatan
India
- dibawa masuk
melalui Sistem Kangani
- ada juga orang
India bekerja membina jalan kereta api, jalan raya dan menjadi buruh di bandar
dan pelabuhan
Sistem
Kangani
- kangani bermaksud
penyelia atau ketua pekerja di ladang getah
- kangani ini
dihantar oleh pemilik ladang ke India untuk mencari tenaga buruh
- kangani
menguruskan tambang dan perjalanan buruh-buruh sehingga selamat tiba di ladang
majikan
- kangani dibayar
komisen berdasarkan jumlah buruh yang dapat dibawa masuk
- buruh-buruh
dibayar gaji tetap dan diletakkan di bawah jagaan kangani
- buruh dikehendaki
bekerja dengan pemilik ladang sehingga segala hutang tambang selesai
Kesan
Kemasukan Buruh
- mewujudkan
pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi seperti
- orang Cina – tinggal di kawasan
lombong dan di bandar
- bekerja sebagai pelombong dan peniaga
- orang India – tinggal dan bekerja
di ladang getah
- orang Melayu – tinggal di kawasan
luar bandar (desa)
- menjalankan kegiatan pertanian
bercorak tradisional dan nelayan
- masyarakat peribumi terus
terpinggir dan terpisah daripada arus perkembangan ekonomi
- dasar British
mewujudkan jurang ekonomi antara kaum
- mewujudkan
masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai keturunan yang
mengamalkan cara hidup, bahasa dan agama yang berbeza
Perkembangan Sistem Pengangkutan dan
Perhubungan
- British
memerlukan sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan pantas
- tujuan untuk
membawa hasil ekonomi terutama bijih timah dan getah ke pelabuhan untuk
dieksport
- pengangkutan
seperti landasan kereta api dan jalan raya
- perhubungan
seperti perkhidmatan pos, telegraf dan telefon
a) Perkembangan Landasan Kereta
api
- perkhidmatan
kereta api diperkenalkan di Tanah Melayu akhir kurun ke-19
- terdapat tiga
fasa perkembangan;
Fasa Pertama (1885-1896)
- dibina untuk
keperluan perlombongan bijih timah
- landasan kereta
api yang pendek dibina menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan
- tujuan memudahkan
bijih timah dieksport
- antara landasan
kereta api yang dibina ialah dari
- Taiping ke Port Weld (Kuala
Sepetang
- Kuala Lumpur ke Port Swettenham
(Pelabuhan Klang)
- Seremban ke Port Dickson
- Ipoh dan batu Gajah ke Teluk Anson
(Teluk Intan)
- tahun 1886
landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke Klang telah dirasmikan yang dihadiri
oleh Sultan Abdul Samad dan Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat
Fasa Kedua (1897-1909)
- tiga tujuan
pembinaan landasan kereta api pada peringkat ini iaitu;
- untuk menghubungkan kawasan utara
dengan selatan apabila Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
- untuk memenuhi keperluan ekonomi
seperti bijih timah dan getah yang semakin berkembang pesat
- untuk memudahkan pentadbiran
British
- tahun 1903 kereta
api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
- ditukar nama
kepada Kereta Api Tanah Melayu – KTM tahun 1948
- hari ini dikenali
sebagai Kereta Api Tanah Melayu Berhad – KTMB
Fasa Ketiga (1910-1931)
- landasan kereta
api dibina selepas British berjaya memperluaskan pengaruhnya di negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu
- tujuannya adalah
untuk;
- menghubungkan seluruh Tanah Melayu
(hanya Terengganu yang tiada landasan kereta api)
- sebagai pengangkutan awam bagi
penduduk Tanah Melayu
- memenuhi keperluan ekonomi dan
pentadbiran British
Perkembangan
Jalan raya
- peringkat awal
jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan lombong bijih timah dan pertanian
dengan stesen kereta api
- jalan raya telah
dibina menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban
- awal kurun ke-20
rangkaian jalan raya meningkat akibat meningkatnya penggunaan kenderaan
bermotor seperti kereta, lori dan bas
- jalan-jalan yang
sedia ada diturap untuk disesuaikan dengan kenderaan bermotor
- banyak jalan raya
dibina untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan pelabuhan dan untuk
menghubungkan bandar-bandar besar dengan bandar-bandar kecil
- tahun 1939
terdapat satu jaringan jalan raya yang menghubungkan seluruh Tanah Melayu
- tumpuan jalan
raya adalah di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi dan memudahkan
pentadbiran British
Kemajuan Pengangkutan Laut dan Udara
- kemajuan ekonomi
membawa kepada pengenalan perkhidmatan kapal wap dan kapal terbang
Kapal
Wap
- tahun 1890 Syarikat
Straits Steamship ditubuhkan di Singapura
- tujuan untuk
memberi perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan di Negeri-Negeri Melayu
- kapal susur
pantai ini membawa bekalan makanan, jentera dan buruh untuk perusahaan
perlombongan bijih timah
- contoh: kapal wap
The SS Perak memberikan perkhidmatan dari Singapura ke Pelabuhan Klang
Kapal
Terbang
- tahun 1937
perkhidmatan penerbangan awam diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air
Service iaitu hak milik Wearne bersaudara
- syarikat ini
beribu pejabat di Singapura
- memulakan
penerbangan dalam negeri antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
- kapal terbang
pertama yang digunakan oleh Syarikat Wearne adalah dari jenis kipas dua iaitu D.H.Rapides
Kemajuan
Sistem Perhubungan
- antara yang
ditekankan ialah sistem pos dan telegraf, telefon dan radio
- tujuan supaya
perhubungan antara negeri di Tanah Melayu dengan negeri-negeri lain dapat
dibuat dengan pantas
- mula
diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan
seterusnya berkembang ke kawasan petempatan
- tahun 1870-an
pejabat pos dan telegraf dibina di Taiping, Perak
- kurun ke-20
setiap daerah di Perak boleh menghubungi Taiping melalui Telegraf
- tahun 1910
pejabat pos dan telegraf dibina di Pulau Pinang
Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemudahan
Asas Lain
a) Perkhidmatan Kesihatan
- masalah kesihatan
wujud akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat, pembukaan kawasan hutan
untuk kegiatan ekonomi dan petempatan baru
- persekitaran
tempat kerja dan kediaman yang kotor menyebabkan penyakit seperti taun,
beri-beri dan malaria mudah merebak
- penyakit malaria
dan beri-beri dianggap penghalang pada perkembangan ekonomi British kerana
menyebabkan banyak kematian di kalangan buruh Cina dan India
- British mengambil
langkah mendirikan hospital, pusat perubatan dan Institut Penyelidikan
Perubatan untuk mengatasi masalah kesihatan
- tahun 1889
hospital kerajaan terawal didirikan di jalan Tanglin (Kuala Lumpur) di Taiping
dan Pulau Pinang
- pusat-pusat
kesihatan kecil juga didirikan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang untuk memudahkan penduduk di luar bandar
- 1890 Lembaga
Kesihatan ditubuhkan untuk memastikan kebersihan bandar
- 1901 Institut
Penyelidikan Perubatan ditubuhkan di Kuala Lumpur
- tujuannya untuk
membuat penyelidikan bagi mencari punca, rawatan dan langkah mencegah penyakit
berbahaya seperti malaria dan beri-beri
b) Sistem Pengairan Untuk
Penanaman Padi
- pada peringkat
awal lagi di Kedah terdapat sistem pengairan sempurna untuk tanaman padi iaitu
terusan
- terusan ini mula
dibina tahun 1885 dan siap pada tahun 1895 yang diberi nama Terusan Wan Mat
Saman
- ia dibina oleh
wan Mat Saman bin Wan Ismail (Perdana Menteri Kedah yang pertama)
- terusan ini
sepanjang 35 kilometer dari Alor Setar ke Gurun, Kedah
- ia dibina
menggunakan tenaga manusia dan peralatan tradisional seperti cangkul
- untuk membina
terusan ini unggun api dinyalakan pada jarak tertentu sebagai penanda untuk
memastikan terusan digali dengan lurus
- berdasrkan
terusan inilah kerajaan British memodenkan sistem pengairan di Tanah Melayu
- tahun 1931
Jabatan Parit dan tali Air ditubuhkan untuk memajukan tanaman padi
- banyak bekalan
makanan diperlukan akibat pertambahan penduduk
- kawasan sawah
padi yang luas telah dibuka di Sungai Manik, Perak dan Tanjung Karang, Selangor
c) Bekalan Tenaga Elektrik
- tenaga elektrik
diperkenalkan akibat daripada kemajuan ekonomi
- awal kurun ke-20
tenaga elektrik mula disalurkan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur
- 1930 Empangan
Hidroelektrik Chenderoh dibuka untuk menampung keperluan tenaga elektrik
- empangan ini
dikendalikan oleh The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited
- tujuan asal
pembinaan adalah untuk mendapatkan kuasa elektrik bagi kegunaan perusahaan
melombong bijih timah di Lembah Kinta
Kemunculan dan Perkembangan Bandar
Baru
- pertengahan kurun
ke-19 banyak petempatan baru dibuka di kawasan kegiatan ekonomi terutama di
kawasan lombong bijih timah
- petempatan
kemudiannya berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan
- perkembangan
lombong bijih timah adalah faktor utama munculnya bandar-bandar baru di Tanah
Melayu seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban
a) Ipoh
- terletak di
Lembah Kinta
- dibuka sejak kurun
ke-16 dan didiami oleh orang Melayu
- nama bandar Ipoh
berasal dari nama pokok Ipuh iaitu sejenis pokok yang getahnya digunakan
sebagai racun pada sumpitan dan anak panah untuk berburu
- tahun 1880-an
Lembah Kinta menjadi tumpuan pelombong Cina apabila pengeluaran bijih timah di
daerah Larut merosot
- Ipoh berkembang
menjadi bandar yang sibuk
- tahun 1935 Ipoh
dijadikan ibu negeri Perak bagi menggantikan Taiping
b) Taiping
- terletak di
daerah Larut
- nama asalnya
Kelian Pauh
- tahun 1840-an
ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut untuk memajukan lombong bijih timah
- selepas Perang
Larut tamat British menyusun semula pentadbiran di Larut
- nama ‘Taiping’
bermaksud ‘kedamaian yang abadi’
- berkembang
menjadi sebuah bandar moden dan dijadikan ibu negeri Perak
c) Kuala Lumpur
- pertengahan kurun
ke-19 Raja Abdullah (pembesar daerah Klang) meneroka kawasan berhampiran
pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong bijih timah
- ia kemudian
dikenali sebagai Kuala Lumpur kerana kawasan itu berlumpur
- tahun 1860-an
ramai orang Cina dibawa masuk untuk menjalankan kegiatan melombong bijih timah
di sekitar Kuala Lumpur
- Kuala Lumpur
terus berkembang daripada sebuah perkampungan lombong bijih timah menjadi pusat
perdagangan yang maju
- Yap Ah Loy antara
orang yang bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur
- 1880 Kuala Lumpur
dijadikan ibu negeri Selangor menggantikan Klang
- British
menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar yang dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan pentadbiran dan perniagaan
- 1896 Kuala Lumpur
dijadikan pusat pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
- 1897 Bangunan
Sultan Abdul Samad telah dibina dan menjadi pusat pentadbiran Kerajaan
Persekutuan
- kini bangunan ini
menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur
- pada hari ini
Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia yang pesat membangun
Kepelbagaian Pendidikan Dalam
Masyarakat Berbilang Kaum
- sistem pendidikan
vernakular di negara kita wujud akibat daripada pembentukan masyarakat
berbilang kaum dan dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang
pendidikan
- British
membenarkan sekolah Melayu, Cina dan Tamil berkembang mengikut cara
masing-masing
- sekolah Inggeris
hanya tertumpu di kawasan bandar
a) Sekolah Vernakular Melayu
- didirikan untuk
memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan
- anak-anak Melayu
diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni
pertukangan dan perkebunan
- pendidikan di
peringkat rendah adalah sehingga darjah enam
- sekolah Melayu
terawal dibuka di Negeri-Negeri Selat iaitu Sekolah Melayu Gelugor (1816) dan
Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu di Langgar,
Pekan, Pahang
- sekolah Melayu
kemudiannya dibuka di Seberang Perai, Melaka dan negeri-negeri Melayu yang lain
- British tidak
berhasrat memajukan pendidikan anak Melayu
- pendidikan
sekadar menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani dan nelayan yang lebih baik
daripada ibu bapa mereka
- sekolah menengah
tidak disediakan untuk anak-anak Melayu menyambung pelajaran
- lulusan sekolah
Melayu hanya layak menjadi guru, polis dan menjawat jawatan rendah di jabatan
ketajaan
- lulusan sekolah
Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran ke maktab-maktab perguruan yang
ditubuhkan untuk melatih guru-guru sekolah Melayu
- antara maktab
perguruan yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia II ialah;
- 1900 Maktab Perguruan Melaka
- 1922 maktab Perguruan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak – MPSI
(dinaiktaraf tahun 1997 kepada
universiti – UPSI)
- 1935 Maktab Perguruan Perempuan
Melayu Melaka
b) Sekolah Vernakular Cina
- diusahakan
sendiri oleh masyarakat Cina dan tertumpu di kawasan bandar
- peringkat awal
sekolah Cina menggunakan pelbagai loghat bahasa Cina seperti Teochew, Hokkien,
Kantonis dan Hakka
- pendidikan
sekolah rendah untuk orang Cina diberikan selama enam tahun
- ada juga sekolah
Cina menyediakan pendidikan sehingga ke peringkat menengah
- menggunakan
buku-buku dan sukatan pelajaran dari negara China
- guru-guru juga
dibawa dari China
- tahun 1920
British mula memberi perhatian kepada sekolah Cina
- 1938 Sekolah Foon
Yew, Johor Bharu, Johor ditubuhkan
- Enakmen
Pendaftaran Sekolah diperkenalkan oleh British untuk mengawal
sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu
- menurut enakmen
ini;
(i) semua sekolah yang didirikan
mesti didaftarkan
(ii) Pengarah Pelajaran diberi kuasa
untuk menutup sekolah yang tidak menurut syarat pengurusan, sukatan pelajaran
dan peraturan kesihatan yang ditetapkan british
c) Sekolah Vernakular Tamil
- diusahakan oleh
orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India
- kebanyakannya
didirikan di kawasan ladang getah
- sukatan
pelajaran, buku, guru-guru dibawa dari India
- ada kalanya
penyelia ladang (Kangani) akan mengajar di sekolah tersebut
- memberikan
pendidikan di peringkat rendah sahaja dan kebanyakannya hingga ke darjah empat
- tahun 1912
British memperkenalkan Undan-Undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang
menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya
- keadaan ini
menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah
- terdapat juga
sekolah Tamil didirikan di bandar seperti Sekolah thamboosamy Pillai dan
Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur
- masyarakat India
yang kaya akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris yang lebih
sempurna
d) Sekolah Vernakular Inggeris
- mula didirikan di
Negeri-Negeri Selat seperti Penang Free School (1816) dan Malacca
Free School (1826)
- sekolah Inggeris
kemudiannya didirikan di Negeri-Negeri Melayu dan tertumpu di kawasan bandar
- pada peringkat
awalnya didirikan oleh mubaligh-mubaligh kristian
- menyediakan
pendidikan sehingga peringkat menengah dan terbuka kepada semua kaum
- sukatan pelajaran
mengikut sistem pendidikan di England
- lulusan sekolah
Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang seperti
perubatan, kejuruteraan, guaman dan pentadbiran
- lulusan juga
diberi keutamaan menjawat jawatan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan
- 1894 sekolah
menengah Inggeris iaitu Victoria Institution ditubuhkan oleh mubaligh
Kristian di Kuala Lumpur
- 1905 Kolej
Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan
- tujuan untuk memberi
pendidikan Inggeris hingga ke peringkat menengah kepada anak-anak raja dan
golongan bangsawan Melayu
- anak-anak
golongan bangsawan Melayu dilatih untuk berkhidmat dengan kerajaan Inggeris
- kesannya –
lahir kumpulan pemimpin Melayu yang berpendidikan Inggeris
- British tidak
mahu memberi pendidikan Inggeris yang tinggi kepada orang Melayu
- 1930-an bilangan
anak-anak Melayu masih kurang berbanding kaum-kaum lain iaitu Melayu (15%),
Cina (50%), dan India (27%)
—————————————————–
No comments:
Post a Comment