BAB 1 – KEDUDUKAN
STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
Pengaruh British di Kedah
(Teks m/s: 4-6)
- sebelum tahun 1791 Pulau Pinang adalah sebahagian dari wilayah Kedah
- Kedah pula terletak di bawah naungan Siam
- terkenal sebagai sebuah kuasa maritim
- Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) tertarik dengan kegemilangan Kedah terutamanya di Pulau Pinang
Sebab-Sebab SHTI
Tertarik dengan Kedah
a) Kedah
Sebagai Pelabuhan Persinggahan
- kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan barat
- banyak terdapat kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan dan tempat membaiki kapal
- pedagang singgah sebelum belayar ke Canton, China
- tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun
b) Kedah
Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan
- banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari negara luar seperti China
- teh dari China diperlukan oleh SHTI
- China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu
c) Kedah
Sebagai Pangkalan Tentera
- SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya
- SHTI bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India
- Pulau Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankan India dari serangan Perancis
Ancaman-Ancaman di Kedah
- Kuala Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu
- pemimpin mengamalkan dasar buka pintu dalam pentadbiran
- Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa
- para pemimpin Kedah menghadapi tentangan dan ancaman dalam usaha mengekalkan kedaulatan Kedah dari Bugis, Siam dan Burma
i) Ancaman Bugis Dari Selangor
- akhir abad ke-18 keadaan politik Kedah tidak stabil kerana perebutan takhta antara pembesar-pembesar
- keadaan ini mengancam kedaulatan Kedah
- tahun 1770 Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah
- kerabat diraja Kedah tidak bersetuju kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara
- kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa
- tentera Bugis pimpinan Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah dan Alor Setar
- Sultan Kedah terpaksa berundur ke Kangar
- Sultan Muhammad Jiwa dapatkan bantuan tentera dari firma Jourdain Sullivan and de Souza
- tahun 1771 firma telah menghantar Francis Light ke Kedah untuk berunding
- perjanjian telah ditandatangani yang membenarkan firma berniaga di Kuala Kedah
- firma dikehendaki membantu Kedah dalam ketenteraan
- Sultan Kedah membatalkan perjanjian apabila firma tidak membantu Kedah menyerang Bugis di Selangor
(ii) Ancaman
Siam
- Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma (1753-1781)
- selepas perang tamat Siam menjadi kuasa yang kuat dan menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia
- Kedah berasa terancam
- Sultan Abdullah (1778-1797) mendapatkan bantuan tentera SHTI
- Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah dari ancaman Siam
- Francis Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera
- SHTI bersetuju untuk membantu Kedah
Francis Light di Pulau Pinang
(Teks m/s: 7-9)
- SHTI bersaing dengan Belanda di semenanjung Tanah Melayu
- SHTI bimbang dasar monopoli Belanda menjejaskan perdagangan mereka
- SHTI anggap tawaran Sultan Abdullah yang membenarkan mereka menduduki Pulau Pinang sebagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’
- Francis Light menandatangani perjanjian secara peribadi dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786 iaitu Perjanjian Inggeris-Kedah
- Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat Francis Light memberi bantuan tentera apabila perlu
- Pada 11 Ogos 1786 upacara menaikkan bendera rasmi British iaitu Union Jack diadakan
- nama Pulau Pinang ditukar kepada Prince of Wales Island oleh Francis Light
- ibu negeri Pulau Pinang dinamakan Georgetown iaitu sempena nama Raja England – King George III
- tahun 1787 sebanyak 42 buah kapal berlabuh di Pulau Pinang
- tahun 1790 bilangan kapal bertambah kepada 104 buah
- bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu
Syarat
Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
- SHTI bantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh
- SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
- SHTI berjanji akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan
Pulau Pinang Diambil British
Secara Rasmi
- tahun 1786 Siam menakluk Patani dan mengancam Kedah
- Sultan Abdullah menuntut SHTI memberi bantuan tentera (seperti dalam perjanjian 1786)
- SHTI enggan membantu dengan alasan SHTI tidak terlibat dengan perjanjian
- SHTI juga mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam
- Sultan Abdullah mendesak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menenpati janji
- Francis Light enggan dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolah oleh Sultan Abdullah
- Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu dengan tindakan Francis Light
- Tahun 1791 Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang
- Sultan Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor
- Francis Light minta bantuan dari British menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai
- Sultan Abdullah tewas
- Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791
- kesan-kesan:
- SHTI menduduki Pulau Pinang
secara rasmi
- sebagai ganjaran SHTi membayar
6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah
- George Leith dilantik sebagai
Gabenor Pulau Pinang yang pertama
SHTI Mengambil Seberang Perai
(Teks m/s: 10-12)
- 2 sebab SHTI memerlukan Seberang Perai;
i. Seberang Perai sebagai benteng
mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang oleh pihak musuh
ii. Seberang Perai subur dan
sesuai untuk pertanian bagi menampung makanan di Pulau Pinang
- SHTI mengambil kesempatan kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan tentera bagi menghadapi ancaman Siam
- terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan gabenor Leith pada Jun 1800
- kesan – SHTI menduduki Pulau Pinang dan menukar nama kepada Province Wellesley
Syarat
Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800
- Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai
- SHTI membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai
- SHTI tidak membantu Kedah apabila Siam menyerang Kedah pada November 1821
- rakyat Kedah terpaksa berjuang sendiri
- Kedah tewas dan ditakluki Siam
- Jun 1826 Raja Siam Rama III menandatangani perjanjian dengan Henry Burney di Bangkok iaitu Perjanjian Burney 1826
Syarat
Perjanjian Burney 1826
- British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah
- Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma
- British tidak membantu sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya
- British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam
- Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai
Perluasan Kuasa British di
Singapura
(Teks m/s: 13-18)
Sebab-Sebab British Bertapak di
Singapura:
i. SHTI
gagal memajukan Pulau Pinang
- Pulau Pinang gagal mencapai kemajuan
- kedudukan Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkannya gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu
- kebanyakan kapal dagang berdagang di Betawi, Riau dan Lingga
ii.
Keinginan British mempunyai pelabuhan strategik
- perdagangan SHTI dengan China semakin penting
- barang dagangan China seperti teh, sutera, kapas dan bahan pencelup mendapat pasaran lumayan di Eropah
- SHTI memerlukan pelabuhan strategik di selatan Selat Melaka bertujuan untuk menguasai laluan perdagangan antara India dan China
- SHTI menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon (1793-1814)
- selepas Perang Napoleon tamat British terpaksa memulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda
- Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan buruk kepada pedagang British di Betawi
- Stamford raffles ditugaskan mencari pelabuhan baru
- Raffles cuba membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau tetapi gagal
- hasrat British untuk menyaingi pengaruh Belanda tidak berhasil
iii.
Singapura sebagai pangkalan perdagangan yang strategik
- merupakan sebahagian wilayah Johor
- kedudukannya strategik di bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda
- Singapura sesuaisebagai pelabuhan bebas dan pangkalan British untuk menyaingi Belanda di Betawi
- Raffles mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan pangkalan baru di Singapura
- Raffles yakin Singapura dapat menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu
- Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman berada di bawah pengaruh Belanda
Cara-Cara Raffles (British)
Menguasai Singapura:
- Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819
- Pada 30 Januari 1819 Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman (Pemerintah Singapura dan Tanah Besar Johor) menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura
- Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh British
Syarat
Perjanjian 30 Januari 1819
- SHTI boleh mendirikan loji di Singapura
- SHTI bersetuju melindungi Temenggung Abdul Rahman dari ancaman dalam dan luar negeri
- SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung Abdul Rahman
- SHTI tidak membenarkan Temenggung Abdul Rahman membuat hubungan dengan kuasa Barat lain
- perjanjian antara Raffles dan Temenggung Abdul Rahman ini tidak sah kerana tidak dipersetujui Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman
- Raffles merancang untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda
- Raffles menggunakan helah dengan menghidupkan semula masalah pewarisan takhta yang berlaku tahun 1812
- Raffles memperalatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabal sebagai Sultan Johor
- Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabal sebagai Sultan Johor yang baru
- pada 6 Februari 1819 Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles yang dibuat pada 30 Januari 1819
- SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura
- pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor menpunyai dua prang sultan iaitu Sultan Hussein di Singapura (diperintah oleh Temenggung Abdul Rahman) dan Sultan Abdul Rahman di Lingga
- British melantik Residennya di Singapura iaitu William Farquhar (1819-1823) dan John Crawford (1823-1826)
Kuasa British di Singapura Secara
Rasmi:
- tahun 1819 British belum lagi menguasai Singapura secara rasmi
- pada 7 Jun 1823 Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman yang membolehkan SHTI menguasai Singapura dan pulau-pulau disekitarnya
- pada 2 Ogos 1824 perjanjian ditandatangani antara Residen Singapura John Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
- kesannya – Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura secara rasmi kepada SHTI
Syarat
Perjanjian 7 Jun 1823
- Sultan Hussein terima bayaran 1500 dolar Sepanyol dan Temenggung Abdul Rahman sebanyak 800 dolar Sepanyol sebulan
- Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina
- SHTI berkuasa di seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau berdekatan kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
- undang-undang British dikuatkuasakan
Syarat
Perjanjian 2 Ogos 1819
- Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama-lamanya
- Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya
- Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura
- SHTI mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat pentadbiran dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga
- alasan SHTI ialah untuk memajukan Singapura
- SHTI mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga
- tahun 1866 pusat pemerintahan Johor di Teluk Belanga dipindahkan ke Johor Bharu
Pertikaian Inggeris-Belanda dan
Perpecahan Kepulauan Melayu
(Teks m/s: 19-20)
- Belanda tidak puas hati dengan petempatan Raffles di Singapura
- alasan Belanda ialah Singapura berada di bawah lingkungan pengaruh Belanda dan Singapura akan menjejaskan perdagangan Belanda di Betawi
- kesan pertikaian ialah;
a) Hubungan Belanda-Inggeris
tegang
b) British enggan menyerahkan
Singapura kepada Belanda kerana potensi Singapura sebagai pelabuhan bebas dan
pangkalan tentera British
c) Satu perjanjian ditandatangani
iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)
Syarat
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)
- Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura
- Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu
- British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada British
- British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura
Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda
1824
- Kepulauan Melayu terbahagi dua;
a) British menguasai Tanah Melayu
dan Singapura di Utara
b) Belanda menguasai Kepulauan
Riau dan Lingga di Selatan
- British dapat meluaskan pengaruh di Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa-kuasa Barat lain
- Melaka menjadi hak British dan membolehkan British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka
- Kerajaan Johor berpecah dua iaitu;
a) Johor dan Singapura menjadi
hak British
b) Kepulauan Riau dan Lingga
menjadi hak Belanda
Penubuhan Negeri-Negeri Selat –
NNS (Teks m/s: 21-13
- tahun 1824 SHTI menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
- Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor
- Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen
- tahun 1826 ketiga-tiganya disatukan di bawah satu pentadbiran iaitu NNS
- tujuan adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan
- ibu negeri NNS pertama ialah Pulau Pinang
- tahun 1832 ibu negeri NNS dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura
- alasannya kerana kedudukan Singapura lebih strategik dan menguntungkan
Pentadbiran di Negeri-Negeri
Selat
- pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor
- Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India
- Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler bagi setiap negeri di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
- semua dasar dan undang-undang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral British di India
- kesan-kesannya;
a) Penduduk dan pedagang tempatan
tidak puas hati kerana NNS ditadbir seperti Tanah Jajahan India
b) Saudagar-saudagar British di
NNS merayu dan mendesak supaya dipindahkan pentadbiran ke London
c) Pada 1 April 1867 NNS
diisytiharkan sebagai Tanah jajahan British dan diletakkan di bawah Pejabat
Tanah Jajahan di London
d) Majlis Perundangan ditubuhkan
bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang sendiri
Sebab-Sebab Perpindahan Pentadbiran
NNS Dari India Ke London (1867)
- SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS
- NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura
- Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal kerana kebanyakan mereka menubuhkan kongsi gelap dan melakukan kekacauan
- Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang Sepanyol diganti dengan mata wang rupee India – ini merugikan pedagang-pedagang kerana nilai rupee rendah
- Penduduk tempatan membantah kerana NNS dijadikan tempat buangan banduan
Kesan Perpindahan Pentadbiran NNS
Ke London
- Tahun 1871 mata wang NNS pertama telah dikeluarkan
No comments:
Post a Comment