BAB
11 : SABAH
(1) Latar belakang
sejarah Sabah
1. Gelaran
negeri di Bawah Bayu
2.
Nama Sabah berasal drp perkataan ‘saba’ -sejenis pisang yang dipanggil pisang
saba.
3.
orang Bajau memanggilnya pisang jaba.
4.
Masyarakat pantai barat Sabah menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.
(2) Sabah dgn kesultanan
Brunei dan Sulu
1.
Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja atau
organisasi sebuah negeri
2. Dibahagikan
kepada tiga :
i. sistem politik kesukuan
ii. sistem politik kesultanan
iii. sistem politik ketua bebas.
3. Sistem politik
kesukuan terdapat di daerah pedalaman -didiami Kadazandusun, Murut dan
Orang Sungei.
4. Mereka hidup
dalam kelompok kecil dan dipisahkan daripada kumpulan lain oleh bentuk muka
bumi seperti banjaran gunung, bukit-bukau dan sungai.
5. Sistem
politik diamalkan di pedalaman walaupun Sabah diperintah oleh Kesultanan Brunei
dan Sulu.
6. Sistem
politik kesultanan diamalkan di persisiran pantai barat dan timur Sabah yang
ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.
7. Abad17,
Sabah diikuasai Kesultanan Brunei.
8. Kesultanan
Brunei – ada masalah perebutan kuasa
9. Sultan Muyiddin
serahkan kawasan timur laut Brunei kepada sultan Sulu kerana pertolongannya
menewaskan musuh.
10. Sabah dibahagikan kepada
dua kesultanan :
i. Kesultanan
Brunei
ii. Kesultanan
Sulu.
(2)
Masyarakat Sabah
1. Kadazandusun, Bajau,
Melayu-Brunei, Murut, Suluk, Orang Sungei, Kedayan dan
Bisaya.
a) Persisiran
pantai.
1. Orang Melayu-Brunei di kawasan pantai
barat Papar, Kimanis, Sipitang.
2. Orang Bajau di pantai barat dan pantai
timur spt Kota Belud, Papar, Semporna, Tuaran.
3. Orang
Suluk di pantai timur spt Semporna, Lahad Datu, Tawau, Kudat.
b)
Lembah pantai
1.
Kadazandusun di pantai barat dan pedalaman spt Penampang, Tambunan, Ranau, Papar,
Kudat.
c) Pedalaman
1.
Murut di Tenom, Persiangan, Keningau dan Rundum.
(3)
Kegiatan sosiobudaya
a) Pendidikan
1. Pendidikan tidak formal
dipelajari oleh kanak melalui keluarga atau masyarakat.
2. Mempelajari kemahiran – cara
memancing, memanjat, berburu, bertukang,
3. Pendidikan formal amat terhad
4. Pendidikan berkaitan agama
Islam seperti membaca al-Quran dan menulis jawi di surau, pondok dan di rumah
guru agama.
b) Peraturan dan adat resam.
1. Undang adat penting dalam
kehidupan
2. Amalan undang adat seperti babas,
sogit, dan kepanasan dijalankan oleh ketua adat. Bertujuan eratkan hubungan
masyarakat.
3. Kadazandusun percaya jika
tidak mematuhinya maka malapetaka seperti wabak penyakit, bencana alam serta
kerosakan tanaman akan berlaku.
4. Undang adat dijalankan dalam amalan
pertanian, perkahwinan dan kematian.
5. Dalam adat pertanian – amalan
monogit iaitu upacara memuja semangat padi semasa menanam dan menuai padi.
6. Selepas musim menuai, perayaan penting
orang Kadazandusun ialah Pesta Menuai.:
i. pesta
menuai setiap tahun 30 dan 31 Mei
ii.
petani akan datang beramai-ramai.
iii. menjual
hasil tanaman mereka di tempat perayaan atau Tamu Besar.
iv. tarian
Sumazau dipersembahkan
v.
Penari-penari memakai baju hitam yang bersulamkan benang emas
7. Dalam adat perkahwinan kaum Bajau :
i. perkahwinan
pada 14 dan 15 hari bulan Hijrah kerana cahaya bulan terang.
ii. Cahaya bulan yang terang
menandakan pengantin akan dimurahkan rezeki.
iii. Upacara
perkahwinan – Rabu dan Ahad.
iv.
acara maglamilami (beramai-ramai) iaitu menjamu selera & menyaksikan
hiburan.
8. Dalam adat kematian orang Murut :
i. saudara-mara
kaum Murut memukul tiang rumah apabila berlaku kematian
ii.
Mayat dibersihkan dan dipakaikan pakaian sebelum dikebumikan.
iii.
Mayat dikebumikan dalam posisi duduk.
iv.
Mayat dibakar dalam tembikar
v. disimpan
dalam rumah selama tujuh hari.
c)
Agama dan kepercayaan.
1.
Pada awalnya masyarakat mengamalkan pagan dan kepercayaan animisme.
2.
Kedatangan agama Islam membawa nilai-Islam kepada Bajau dan
Melayu-Brunei.
3.
Keadaan tersebut menwujudkan kumpulan etnik yang beragama Islam dan pagan.
4.
Kumpulan etnik tersebut
mewujudkan sistem ketua di sesebuah kampung atau orang tua di rumah panjang.
5.
Bagi etnik beragama Islam, ketuanya berperanan menguatkuasakan hukum agama
Islam.
6.
Orang Tua menguatkuasakan undang adat di kalangan etnik bukan beragama Islam.
Agama dan kepercayaan Kadazandusun;
1.
Mengamalkan kepercayaan animisme.
2.
Sebilangan kecil memeluk agama Islam.
3.
Tuhan Kinorohingan bersemayam di dunia lain.
4.
Percaya setiap orang yang mati rohnya akan pergi ke Gunung Kinabalu
5.
Apabila tiba masanya roh itu
akan pergi lebih jauh lagi sama ada ke syurga atau neraka.
6.
Setiap tahun, mengadakan upacara Magavau selepas menuai padi. Upacara untuk
menghormati semangat padi.
7.
Pesta Keamatan – tanda kesyukuran kepada Kinorohingan yang memberi hasil padi
8.
Upacara semasa Pesta Keamatan ialah pertandingan Ratu Cantik (Unduk Ngadau).
9.
Ratu Cantik melambangkan Huminodun yang telah dikorbankan menjadi padi.
10.
Bomoh untuk membuang kepanasan dipanggil Bobohizan.
Agama dan kepercayaan kaum Murut
1.
mempercayai animisme
2.
Gunung Antulai atau Gunung Aru (Gunung Hantu) dianggap sebagai tempat suci.
3.
Percayai Aki Kopuno – kuasa yang mencipta segala-galanya.
4.
Bomoh mereka yang berhubung dengan kuasa ghaib dipanggil Babalian.
d)
Kesenian
1.
Tarian Sumazau oleh etnik Kadazandusun :
i.
ditarikan ketika pesta menuai, musim perayaan
ii.
disertakan pertandingan unduk ngadau atau ratu cantik.
2.
Tarian Magunatip oleh etnik Murut :
i.
semasa majlis Hari Magavau iaitu memuja semangat padi.
ii.
diiringi pukulan gong oleh sepasang penari yang terdiri lelaki dan wanita yang
berpakaian tradisi.
iii.
Dua orang melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak
berganjak dari kedudukannya.
3.
Tarian Mangalang oleh etnik Murut
i.
ketika menyambut tetamu dari jauh, berpindah rumah dan hari Monggotom (Hari
Pesta Menuai Padi).
4.
Tarian Limbai oleh etnik Bajau.
5.
Alat muzik bumiputera diperbuat daripada buluh. Contoh alat muzik bas,
sompoton, gabang, suling, kulintangan, salun
6.
Pembinaan rumah panjang :
i.
tempat tinggal orang Murut dan Rungus.
ii.
dibuat daripada hasil hutan seperti buluh,
iii.
Hidup dalam sebuah keluarga yang besar.
iv.
Ketua penghubung pemerintah – rakyat.
7.
Mahir membuat barangan kraftangan
(4)
Kegiatan ekonomi
a)
Sara diri
1.
Pertanian, pungut hasil hutan, pungut hasil laut dan tangkap ikan.
2.
Pertanian kekal dan pertanian pindah.
3.
Pertanian pindah – tanaman padi huma di kaki bukit, petani berpindah selepas
dua atau tiga tahun utk mencari tempat baru.
4.
Pertanian kekal spt padi sawah – tertumpu di kalangan Kadazandusun di lembah
pantai barat seperti di Penampang, Papar, Tuaran
5,
Orang Murut memungut hasil hutan
6.
Melayu-Brunei, Suluk
&Bajau -pungut hasil laut
7.
Orang Bajau – penyelam & kutip
hasil laut
8.
Tangkap ikan- penduduk di persisiran pantai
9.
Orang Bajau – nelayan.
10
Gua Gomantong di Sandakan – pengeluar sarang burung utk dieksport ke China.
11
Sarang burung berwarna putih dan
sarang burung berwarna coklat. Sarang burung berwarna putih lebih berkhasiat.
13
Untuk dapatkan sarang burung,
pemungut guna tangga atau panjat dinding yg tinggi dgn menggunakan buluh.
b)
Perdagangan
1.
Bertukar barang/ berjual beli di Pasar Tamu.
2.
Berkumpul menjual hasil keluaran mereka.
3.
Orang Bajau, Melayu-Brunei dan Suluk perdagangkan hasil laut dan beras.
4.
Kadazandusun & Murut perdagangkan hasil hutan.
5.
Perdagangan secara tukar barang.
6.
Barangan ditukar – damar, getah perca, bahan getah, lilin lebah, rotan, sumbu badak,
manik, dan barang-barang makanan.
7.
Pasar Tamu eratkan hubungan antara etnik dan wujudkan semangat muhibah
No comments:
Post a Comment